Monday, June 7, 2010

Apabila Ada Orang Bertanya

Apabila ada orang bertanya, maka pentinglah untuk saya menjawabnya. Sementelahlah, pertanyaan itu daripada orang yang bertaraf sarjana, tetapi serkup pemikirannya masih seperti budak-budak. Pertanyaannya mudah: "Pentingkah U-wei dalam seni lukis Malaysia"? Penting! Penting seperti pentingnya U-wei dalam pembangunan filem Malaysia. Saya boleh sahaja menjawab sependek itu. Tapi tak seronoklah, elok saya tulis panjang sikit. Apabila kami bertiga berjalan di Chow Kit - saya, U-wei, dan Sani Sudin, orang tak kenal saya. Tetapi hampir semua orang kenal U-wei dan Sani, tetapi tidak mengenali anda, sarjana seni lukis yang bertanya itu. Kolektor seperti U-wei sama pentingnya dengan para kolektor yang lain.
Begitu juga apabila ada orang bertanya, "Sani pun dah melukis? Menyanyi saja cukuplah." Apa ni, tuan sarjana?

2 comments:

S.M. Zakir said...

sarjana ana kurang minat tapi kalu sarjan ana minat, sebab zaman bebudak dulu ana ditipu orang putih, jadi minat kat sarjan saunders Vic Morrow siri Combat tu he he

Ana nak jadi sarjan saja sheikh sebab sarjan ni keja dia ricky tempat2 sulit, gelap dan bahaya2 tu. keja macam tu memang ana minat betui... sarjana ni ana tak tau le.. keja duk dalam pejabat kutip2 copy and paste saja kut keja sarjana ni he he (terkecuali kawan2 sarjana ana la kah kah, mapuih kena lutu kat bucu kang)

Rahimidin Z said...

Aduh, ini nostalgia masa silam ni. Mandi awal, sembahyang maghrib cepat-cepat sebab tengok Combat.

Semalam guru ana menulis sms tentang sebuah seminar makyung. tulisnya:"pembentang yang lain itu semua orang teori belaka, pemusnah makyung."