Wednesday, May 12, 2010

Tuan Memang Sombong!

Saya tidak tahu daripada siapakah, dia memperolehi no phone saya. Tiba-tiba selepas selesai membaca Hizib Imam Nawawi subuh tadi, saya menerima panggilannya.
"Saya bernama sekian dari syarikat sekian amat berhasrat untuk menerbitkan buku tuan," suaranya kendengaran dengan ceria dan penuh mengharap.
"Tuan pernah baca ke buku saya?" tanya saya.
"Iya..iya
Perjalanan Salik. Menurut Prof. Madya Arbak Othman buku itu bagus sekali. Saya suka, itulah sebabnya bos saya minta telefon tuan ni. Itu buku pertama tuan ke?"
"Iya.Buku pertama. Tak mengapalah, saya penulis yang tidak terkenal. Nanti tersalah terbit buku saya, syarikat tuan lingkup pula. Tak ada siapa nak bacanya buku saya. Tuan carilah penulis lain. Nanti tuan boleh membuat kekayaan dengan buku-buku tersebut."
"Boleh tak kalau saya nak jumpa tuan?"
"Boleh. Tapi untuk apa ya?" soal saya pula.
"Nak tengok manuskrip tuan, ada tak?"
"Ada. Tak banyak. Yang akan terbit ada 10 manuskrip."
"Ya tuan. Bagilah kami terbit."
"Tak boleh, saya nak bagi Pustaka Nusa, SM Zakir punya penerbitan."
"Tak kan tak boleh bagi sebuah?"
"Tak boleh. Saya dah janji."
"Macam tak percayakan kami, kami memiliki editor yang terbaik."
"Tak apalah tuan. Tuan carilah penulis lain yang memerlukan publisiti dan memerlukan wang saku. Saya tak perlukan publisiti dan tak perlukan wang. Saya juga editor tuan, tetapi bukanlah editor yang terbaik sebagaimana yang ada di syarikat tuan."
"Tuan, memang sombong!" Dia mematikan telefonnya.
Saya teringatkan blog Ridzuan Harun.

4 comments:

S.M. Zakir said...

jange bui be, oghe dok tunggu nok terbit ni. doh 'blanjo' make tiram minum air gelas merah di majlis rusia doh tu be. abih aji mabuk tiram... heh heh. tokke nak terbit dengan oghe lain. tak cukup kita gi silverfish pulok he he

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Kawe mabuk tiram giloooo. Majlis rusia tu benar-benar mengancam.

jom pakat-pakat terbit karya kat Pustaka Nusa.

Rahimidin Z said...

Syeikh Zakir,minggu depan ana bui sebuah dulu.

Rahimidin Z said...

Syeikh Sham, mabuk tiram pengalaman kedua penting selepas mabuk di Laut Andaman. Zaen lagi teruk masih mabuknya.