Monday, May 17, 2010

Manuskrip Saya

InsyaAllah, saya akan menerbitkan sepuluh judul buku bagi tahun 2010. Kalau tak sempat untuk 2010, mungkin akan dilanjutkan kepada 2011 bergantung kepada kerja-kerja penyuntingan akhir. Judul-judulnya:
1. Sajak Dari Yawadhipa (Kumpulan Puisi)
2. Bayang Beringin (Kumpulan Puisi)
3. Doa Sepertiga Malam (Kumpulan Puisi)
4. Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih (Kumpulan Cerpen)
5. Rebab Berbisik (Kumpulan Drama)
6. Angka Bersuara (Esei Budaya)
7. Dari Tepi Pentas (Esei Teater)
8. Gugur Kemboja (Biografi Teater)
9. Kembara Kata Di Balik Warna ( Esei Seni Lukis)
10. Dollah Baju Merah (Biografi)
Penerbitan ini hanya sebagai kenangan dan dokumentasi saya selama 25 tahun berada dalam dunia kesusasteraan Melayu. Penerbitan ini juga bukanlah untuk menyatakan bahawa saya ada banyak manuskrip -memang saya masih ada tidak kurang daripada 30 manuskrip yang lain. Sebelum sedikit kebolehan menulis yang diberikan Allah SWT itu diambil-Nya kembali eloklah saya terbitkan sebagai dedikasi khusus sahabat dekat dan jauh saya.

15 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Aduh, banyaknya...
Tahniah.

sahrunizam said...

Tahniah tuan. Sentiasa menunggu terutama sekali kumpulan puisi tu

ekspresi said...

tahniah. saya gembira sekali mendengar perkhabaran begini.

Nimoiz T.Y said...

Tuan, terbit sendiri ke siapa yang terbit? Banyaknyaaaa...

benuasuluk said...

banyak sangat sheikh. Jual la kat kawan-kawan sikit. Kalu malu nak jual kat sini, jual jauh sikit pun takpa. Kat tg rhu ka.

Rahimidin Z said...

Tuan Sham,
Dah 25 tahun menulis!

Rahimidin Z said...

Sahrunizam,
Terima kasih.

Rahimidin Z said...

Ekspresi,
hang ada banyak cerpen tu, kumpulkan jadi antologi perseorangan. Malu dgn Lut nanti, dia nak terbitkan sajak2 cafenya tu.

Rahimidin Z said...

Nimoiz,
Semuanya akan diterbitkan oleh Pustaka Nusa. Tk

Rahimidin Z said...

Benua Suluk,
boleh..boleh tak ada masalah. orang nak beli, kita jual, hi.hi.

lutfi said...

Semua tu dunia tu, sedekahkanlah! hahaha

S.M. Zakir said...

dunia dunia.. harimau mati tinggal belang, penulis mati tinggal buku. Kalau mati tinggal gigi, itu namanya bukan penulis tapi hantu gigi (dalam cerita P. Ramlee).
Penulis yang tiada buku ibarat unta yang mengangkut buku KAH KAH KAH

Rahimidin Z said...

Lut,
memang di dunia ni kena banyak bersedekah, termasuk hati dan perasaan pun kita sedekahkan. Dan para filosof itu dikenang dan diingat kerana buku-buku mereka.

Rahimidin Z said...

Tuan Syeikh,
Unta ni patut lama dah alimnya kerana dilahirkan dan membesar di Mekkah. Tetapi unta ni tetaplah unta juga. Yang kononnya ulamak pun ramai yang jenis unta ini, syeikh. Cuma untungnya unta yang bernama Al-Qaswa kerana ia unta Nabi SAW.

Adi Atsauri said...

akan dinanti kemunculannya.