Saturday, May 8, 2010

DISKUSI TIGA BUKU PUISI
3 BEKAS MPR

3 bekas MPR yang akan dibicarakan buku puisinya: Rahimidin Zahari (Perjalanan Salik -dibicarakan oleh Prof. Madya Arbak Othman), Faisal Tehrani (Ingin Jadi Nasrallah - dibicarakan oleh SN Dr. A. Samad Said) dan Ridzuan Harun (Benua Suluk - bicarakan oleh Zaen Kasturi).

Majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Persidangan Utama, ASWARA pada 11 Mei 2010 (Selasa) jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Acara terbuka kepada seluruh khalayak sastera tanah air.

Kalau anda rasakan puisi masih memiliki nilai untuk pencerahan tamadun bangsanya, datanglah atau kalau anda rasakan puisi tidak memberikan apa-apa makna dalam masyarakat anda yang penuh dengan nilai kebendaan, jangan datang, kerana puisi tidak menawarkan nilai kebendaan tersebut.

10 comments:

saleeh rahamad said...

kalau saya tak datang jangan anggap saya tak menghormati kawan2. terpaksa ke tempat lain, atas urusan memperjuangkan bahasa dan sastera juga. kununnya laaa

selamat bersidang..semua pembicara memang hebat dan saya hormati. Pak Arbak, guru tidak rasmi dan teman yang sangat baik dan sering mendesak saya menyiapkan tesis segera; Pak Samad yang memiliki persepsi berbeza; Zaen yang romantis dan sekali gus pemikir.


Saya menulis komen blog orang apabila saya tidak menulis karya...(mesej untuk Zakir). pagi ini tersesat masuk blog dan saya tulislah sikit komen. Nanti kawan2 tak seronok pula kalau tulisan mereka tak dikomen. Tanya Nasurry kalau tak percaya

(bukan senang saya nak mengagumi pembicara, bak kata Amran: tak semudah tu).

abuyon said...

salam rahimidin,

Perjalanan salik mesti
dipandu mursyid

Boleh kenal?

S.M. Zakir said...

saya tak menulis blog dan tak menulis karya apabila saya ke luar negara (rasa sama dengan kawan saya yang usung laptop ke hulu ke hilir di luar negara tapi tak buka pun) he he.

saya datang dengan dua tujuan, mendengar ulasan puisi dan melihat... (rujuk blog nasury)

Sham al-Johori said...

Tuan,

Hamba
datang
dengar
dan
melihat.

edolah said...

...dan ambik hadiah..ingat tu haji.. kalau menang utk kali ke-3, hadiah yg menanti...(hehehe)..

Rahimidin Z said...

Abang Saleeh,
kami tahu tu. Tapi Kak Zah ada datang ke majlis diskusi tu, kira ok la ada wakil.

Rahimidin Z said...

Abuyon,
Boleh,tak elok menulisnya di blog ini.

Rahimidin Z said...

Syeikh Zakir,
datang paling syok sekali dok belakang dan kita buat dan karang macam-macam cerita baru.

Rahimidin Z said...

Haji Sham,
oklah tu.

Rahimidin Z said...

Edolah,
aik pelik!