Monday, March 22, 2010

Makan malam dan tazkirah

Sepulang dari Pesta Buku (Kanak-Kanak) Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, saya menerima sms. Jemputan ke majlis makan malam di rumah seorang sahabat. “Datang, jangan tak datang.” Bila orang buat kenduri atau ajak makan, saya sering teringatkan sahabat Nabi SAW., Abdullah bin Umar RA. yang setiap kali akan berdepan dengan hidangan akan memanggil anak-anak yatim untuk makan bersamanya. Saya buat-buat ajak anak-anak, tetapi tak seorang pun yang ingin ikut. Selepas solat maghrib saya terus ke sana. Walaupun itulah pertama kali ke rumahnya, tetapi alamat rumah dan taman yang dismskan itu tidak sukar untuk saya mencarinya. Apabila sampai, hanya ada dua buah kereta di garaj. Betul ke ni, makan malam apa? Saya tekan loceng, dan pintu dibuka. Saya memberi salam dan dipelawa masuk.
“Tuan, mana tetamu yang lain?”
“Kami hanya menjemput tuan.”
“MasyaAllah dengan makanan yang sebanyak ini?”
“Apa salahnya sesekali kita makan besar.”
Lima anaknya kemudian keluar dan bersalaman dengan saya. Isterinya juga keluar menyambut ketibaan saya.
“Tuan, sebelum kita makan…ana nak minta tuan berikanlah tazkirah sikit untuk peringatan kami semua.”
“Saya tak sedia apa-apa. Tapi insyaAllah.”
Anak-anaknya duduklah di meja makan. Sahabat saya dan isterinya masih sibuk keluar masuk.
Uncle boleh tak, sampaikan tazkirah uncle dalam bahasa Inggeris?” soal salah seorang daripada anaknya.
“MasyaAllah” dalam hati saya.
“Kami semua mahir Inggeris uncle, bahasa Malaysia kami tak bagus, kami tak bercakap bahasa Malaysia kat rumah kami.”
“Bahasa Melayu nak, bukan bahasa Malaysia. Baguslah kalau kamu semua diajar dan diwajibkan berbahasa Inggeris, itu tandanya mama dan papa kamu amat maju sekali nak. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana memiliki mama dan papa yang sedemikian yang mementingkan masa depan anak-anaknya.”
Saya tidak dapat lagi menyembunyikan sebak saya. Rupa-rupanya sahabat saya ini tidak percayakan dirinya sendiri.

13 comments:

Zainal Abdul Kadir said...

Catatan ini benar-benar membuatkan hati saya terluka. Namun apakan daya!

Mawar said...

Sdr RZ
nanti saya jemput beri tazkirah di rumah saya pula ya, dalam bahasa Melayu.

Luqman Hakim QA said...

kawe pun nok demo bagi tazkirah kalu lagu tuh. tapi dale bahasa kelate.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Tak pe, datang sahaja ke rumah saya dan boleh bertazkirah dalam bahasa jawa kelantennnn. Anak-anak saya tentu terpegun nanti sb melihat sahabat ayahnya boleh berbahasa lebih daripada 6 bahasa.
Amin.

abuyon said...
This comment has been removed by the author.
abuyon said...

Tidak salah berbahasa apa
sekalipun, tetapi kalau kita
diibaratkan pohon, ia
pohon yang tiada
akarnya

Di zaman ini, hilang sudah jiwa,
sesiapa yang Melayu
akarnya

Unknown said...

Alahai. Penangan PPSMI kot.

Rahimidin Z said...

Sdr. Zainal, kerana terluka juga saya tuliskan catatan ini.

Rahimidin Z said...

Dr. M, InsyaAllah.

Rahimidin Z said...

Luq,
Demo dah masuk Kelate...dah lebih lebih pandai loghat Kelate..

Rahimidin Z said...

Sham al-Johori,
Hang Tuah tau 12 bahasa!

Rahimidin Z said...

Sdr. Abuyon
Begitulah kira-kranya!

Rahimidin Z said...

Sdr. Al Ghazali, mereka telah praktik sebelum PPSMI lagi.