Wednesday, March 31, 2010

Janji Yang Tidak Tertunaikan

Beberapa kali saya berjanji untuk tidak membeli buku lagi dengan isteri. Buku yang sedia ada sudah melimpah ruah dan sebahagiannya telah saya angkut ke rumah arwah ayah di kampung. Nampaknya rumah burung merpati kami, sudah tidak memiliki ruang lagi untuk menempatkan buku-buku dan lukisan saya. Sesekali terfikir juga untuk saya menyewa sebuah rumah demi hanya menempatkan buku-buku dan lukisan sahaja. Tetapi setakat ini belum menjadi sebagaimana yang difikirkan. Apabila singgah di kedai buku, saya selalu terlupa dengan janji untuk tidak membeli buku. Bahkan ada buku yang pernah dibeli, tetapi dibeli semula kerana buku-buku tersebut dipinjamkan oleh sahabat-sahabat terbaik saya yang terlupa ingin memulangkannya. Dan ada juga sahabat saya yang sengaja pinjam dan memang tidak ingin pulangkan buku tersebut.

Apabila Mac 2010 berakhir hari ini, saya menghitung jumlah buku saya sepanjang bulan ini. Puratanya saya telah membeli sebuah buku sehari! Ini termasuk beberapa buah yang dihadiahkan oleh sahabat-sahabat baik saya. Ini senarai buku saya sepanjang bulan Mac:

1. SM Zakir. Pascamoden: Kutukan Terhadap Agama dan Falsafah, Nusabuku: 2010
2. Muhsin Ali Hamid. Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram, Madinatul Ilmi: 2009
3. Muhd Fuad Kamaludin. Kehalusan Anugerah, Sofa: 2008
4. Razak Mamat. Orakan Bicara, DBP: 2005
5. Suhaimi Hj. Muhamad. Apabila Malam Semakin Malam, SHM: 2008
6. Marsli NO. Di Negeri Mabok, Media Karya: 2010
7. Raja Masittah Raja Ariffin. Tokoh Pembinaan Bahasa Melayu Serantau, DBP: 2010
8. SM Zakir dll. Keranda 152, Gapena: 2010
9. Abd. Salam Muhd. Shukri. Dimensi Pemikiran Shah Waliyullah, UIA: 2007
10. Ilham Hamdani. Mekar Sakura di Mimbar Cinta, PTS: 2007
11. Sahlan Mohd. Saman. Sastera Malaysia Hubungan Dengan Sastera Nusantara, Mastera/DBP: 2005
12. Sy. Muhd Alwi al-Maliki. Keistimewaan-Keistimewaan Al-Quran, Mitra Pustaka: 2001
13. Mahyiddin Mastu. Abdullah bin Umar RA, Samara: 2009
14. Arena Wati. Cakera Waruga, UKM: 2006
15. Roselina Khir. Drama Pentas Dunia, UM: 2006
16. Suriani Abdullah. Serikandi, SIRD: 2005
17. Muhd. Fuad Kamaludin. Perisai Tiga Kekasih Allah, Sofa: 2009
18. Shahrir Mohd. Zain. Pembinaan Semula Teori Kepimpinan…UMT: 2008
19. Adi Rumi. Negara Zikir, DBP Brunei: 2010
20. Baharuddin HO. Takdir Itu Begini, DBP Brunei: 2010
21. Azizi Haji Abdullah. Beruk, Ameen: 2010
22. Ramli Awang. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili...,UTM: 2008
23. Siti Hajar Che Man (Ed.) Resah Manusia Desa dan Kota,USM: 2010
24. Lat. 1 Malaysia, BSLN: 2010
25. Arena Wati. Endang Gulingku, UKM: 2010
26. Ana Faqir. Menyingkap Mistik Pulau Besar, Seribu Dinar: 2008
27.Mazlan Nordin. Tokoh dan Akhbar Melayu, UKM: 2009
28. Dinsman dll. Kumpulan Esei Budayawan Bertindak, PAKSI: 2010
29. Faisal Tehrani. Ingin Jadi Nasrallah, Ameen: 2010
30. D. Zawawi Imron. Gumam-guma dari Desa, Pustaka Hidayah: 2000
31. Sitor Situmorang. Toba Na Sae, Komunitas Bambu: 2004
32. Toha Mochtar. Pulang, Pustaka Jaya: 2000
33. Jahid Haji Sidek dll.Seminar Sufi 2009, Pej. Mufiti MP: 2009
34. Syah Waliyullah. Hujjah Allah al-Balighah, Serambi: 2005
35. Ignes Kleden (pengantar). Rendra- Ia Tak Pernah Pergi, Kompas: 2009


Inilah nampaknya janji saya yang tidak tertunaikan saban bulan!

10 comments:

bed : said...

berjanji dengan diri sendiri memang susah sikit nak penuhi Encik Emi :)

benuasuluk said...

ada sutir ghumoh kosong kat sg buloh kalu nak buat sewa letak buku denagn lukisan hok comel2buleh la. Luqman buleh tunjuk jalan

Sham al-Johori said...

Syeikh,
Ghumoh hok benuasuluk tu royak tu tak sesuai kalu nak buku dgn lukisan hok comel2 tu. Ghumoh hambo ada. Dekat sikit dgn Kl ni.

Tak pun, payoh2, tuan sedekah aja kat madrasah sham al-johori.

2.
Lumrah syeikh....

Rositah Ibrahim said...

Agak-agak nak sedekahkan buku pada sayapun, boleh jugak....

abuyon said...

Rasanya, tak payah berjanji kot
kalau apa yang dijanji itu
perkara baik!

Rahimidin Z said...

Bed,
sedang cuba untuk penuhinya.

Rahimidin Z said...

Benua,
Sungai Buloh, jauh tu dari KL...jalannya macet bung!

Rahimidin Z said...

Sham,
Ha.Ha. Cepat siapkan tesis PhD syeikh, kita pergi bercuti jauh sikit.

Rahimidin Z said...

Cikgu Rositah,
Buku kena hadiah, tak boleh sedekah.

Rahimidin Z said...

Abuyon,
Betul! Betul tu!