Wednesday, March 3, 2010

“Aku nak jadi pendakwah!”

Dia menemui saya di sebuah café. Saya meminta tea o kosong, dan dia meminta cocacola campur garam. “Di dalam atau di luar? Dalam aircond, luar panas sikit. Tapi kat akhirat lagi panas!” ucap saya kepadanya. “Kat luar saja bang, aku nak merokok.” Jawabnya tersenyum sambil membawa cocacola campur garam miliknya. “Bang, biar aku yang bayar.” Katanya. “Tidak,” kata saya. Ini tempat saya, saya yang harus membayarnya. “You tetamu saya, walaupun you yang nak jumpa saya, dan bukannya saya yang nak jumpa you.” Saya sengaja menyindirnya. Dia tersenyum. Entahlah, faham atau tidak minah ni.
Di luar café dia mula menyalakan rokoknya. Menyedutnya beberapa kali dan menghembus asapnya. Amboi rakusnya minah ni, dalam hati saya. “Apa yang you tak sabar-sabar nak cerita sangat tu?” soal saya. “Apa la abang ni, tak sabar-sabar. Tunggulah aku nak sedut rokok puas-puas dulu.” Saya biarkan dia sedut rokoknya sepuas-puas. Sebelah kakinya diangkat ke atas kerusi. Apa dah kena dengan minah ni?
“Abang kena tolong aku. Aku nak jadi pendakwah. Abang kena tolong aku dapatkan tauliah mengajar agama.”
Saya terdiam beberapa minit.
“You pergi la kat pejabat agama. JAWI atau JAIS, dia orang yang boleh keluarkan tauliah. Saya bukan penguasa agama.”
“Abang macam tak percaya aku. Walaupun nampak macam ni aku ni alim, abang tau. Aku ingin berdakwah kerana Allah.”
“Muqadam kamu dah khatam?” soal saya dengan suara yang paling perlahan.
“Dah”. Jawanya. Juga dengan penuh sopan.
“Fardu ain dah belajar?” soal saya lagi.
“Belum.” Jawapnya perlahan antara dengar dengan tidak.

2 comments:

bed : said...

tak pasti nak gelak atau kesian baca kes ni la En. Emi.

barajiwa said...

Sdr Rahimidin,

Saya terbahak-bahak juga membaca nukilan saudara. Apa pun kita bersyukur kerana 'minah' sudah memasang niat. Yang lainnya kita serahkan saja kepada Yang Maha Mengetahui.

Ada satu perkara lagi yang menarik perhatian kita (kata orang, moral of the story):

Di tempat kita ini, yang paling penting dalam soal-soal Islam adalah...tauliah, sijil. Lain-lainnya bukan persoalan besar kerana itu isu pentadbiran@administratif!

Itulah sebabnya di bumi ini ada kelasnya:

Judi haram dan ada juga judi...
Hmmmm...macam-macam.

Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman.