Thursday, February 25, 2010

Retorik
Saya suka retorik, tetapi akhirnya, apa yang kita suka, sayang dan cintai, harus kita tinggalkan. Perlahan-lahan saya keluar dari dunia retorik. Saya berada di dunia berterus-terang. Dan penyair kononnya (sebagaimana yang saya baca dan dengar) dikatakan sensitif, mudah tersentuh, perasa. Saya secara berterus terangnya, tidak lagi ingin sensitif, tidak ingin mudah tersentuh dan tidak ingin menjadi perasa.

Sambutan Maulud
Sambutan maulud ikhwan kami telah bermula malam tadi. Ceramah disampaikan olehHabib Adnan Al-Haddad mewakili ayahandanya Habib Ali Masyhur Toha Al-Haddad, ulamak dari Jeddah dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Habib Ali Zainal Abidin. Sempena sambutan maulud, saya paparkan sebuah puisi lama saya:

Piatu Kembara

tegakkan pohon kalbu
pada tanah semesta
sementara ini

aku piatu kembara
tersedu di hamparan rumput bumi
penuh duri dan api berbara

kebalkan aku memeluk-Mu
seperti Bilal bin Rabbah
seperti Ammar bin Yasir
seperti Khabab bin Al-Araf

aku piatu kembara
di hamparan tanah semesta
kucintai kekasih-Mu
Muhammad Al-Amin
piatu pembawa cahaya
mencerah semesta.

(Matahari Berdoa, 1998:17)

3 comments:

Zarif Hassan said...

Bang,
sesiapa sahaja boleh menjadi penyair, tetapi sukar mencari insan yang jujur dan ikhlas lebih-lebih lagi penyair yang jujur dan ikhlas dalam berkata-kata...

JHaZ KiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)

ainunL muaiyanah said...

kata tidak mahu jadi penyajak lagi? :)