Wednesday, January 27, 2010

“Saya tidak membeli seni…”

Saya sedang membaca buku tebal (600 halaman dengan harga RM250.00) yang berkulit kanvas – Syed Ahmad Jamal: PELUKIS (BSLN: 2009). Saya tertarik kepada apendik daripada tulisan Hasnul J Saidon “Pengumpulan Karya Seni Syed Ahmad Jamal sepanjang 55 tahun” yang melakukan transkrip video temu ramah dengan kolektor, Zain Azhari: “Ketika saya berkahwin pada tahun 1962, seorang kawan, Ananda Krishnan, memberikan sebuah hadiah perkahwinan: “Batu Caves” oleh Syed Ahmad Jamal. Karya itu merupakan karya Syed Ahmad Jamal yang pertama saya miliki. Kemudian, sedikit demi sedikit, saya mula mengumpul karya beliau serta karya Latiff Mohidin, yang pada masa itu, pada pertengahan tahun 1960-an, berharga antara RM 200 dan RM 300 setiap satu. Anda lihat arca Latiff Mohidin ini? Saya membelinya dengan harga RM 300. Tetapi baru-baru ini, saya ditawarkan RM 200,000 baginya. Saya tak nak jual. Saya tidak akan menjualnya, walaupun mendapat banyak tawaran. Saya tidak membeli seni sebagai pelaburan peniagaan. Saya membelinya kerana keseronokan diri sendiri.”
Saya juga tidak membeli seni untuk perniagaan. Tetapi sekiranya terdesak, saya terpaksa menjualnya. Atau kalau sahabat baik saya berminat sangat-sangat, saya berikan hadiah. Keseronokan saya hanya sementara, keseronokan sahabat saya juga. Buku ini juga merupakan bahan koleksi yang berharga kerana telah ditandatangani oleh Datuk Syed Ahmad Jamal. Ha! Ha!

4 comments:

benuasuluk said...

shekih, ana juga suka pada keseronokan yang sementara, tidakkah ana tergolong dalam senarai kawan-kawan sheikh juga?
:-)

bed : said...

Esok last talk Syed Ahmad Jamal. Datang la Encik Emi. Ambil kesempatan promote kat sini ;))

guru besar haneem kaydeen said...

semalam terserempak datuk syed sedang menyain puluhan buku untuk para kolektornya..hebat

Rahimidin Z said...

Benuasuluk,
enta kawan ana.

Bed,
tak sempat hadir.

Guru Besar,
tahniah untuk Datuk Syed.