Friday, January 29, 2010

Muara

aku rindukan laut
tempat aku selalu duduk
memancing ombak,
tetapi ikan juga yang datang
membawaku umpan.

debur angin yang menampan
perahu-perahu berolengan
di dalam diriku, nah
muara manakah sebenarnya
yang engkau akan tujui?

6 comments:

roslan jomel said...

Muara yang terakhir..

Rahimidin Z said...

Sdr. Roslan, tahniah untuk puisi sdr. di DS dan DB bulan Feb.

Nazmi Yaakub said...

tak berkolek, hanya ulang alik atas jambatan

Rahimidin Z said...

Al-Fadhil...penyair berkolek dengan hati...

roslan jomel said...

Abe, ketiga-tiga butir puisi yang kawe kirim ko demo semuanya doh tubik belako di medio terbitan dbp. Hehehe..

Rahimidin Z said...

Sdr. Roslan bersyukur kepada Allah SWT yang memudahkan segala laluan.