Friday, October 9, 2009

BERHENTI MENJADI PENYAIR

Entah sial apa tengah hari itu saya singgah di Kino KLCC membelek-belek buku. Walhal sehari sebelumnya saya dah ke sana bersama Uwei kerana nak beli buku catalog pameran Latiff Mohidin Journey to Wetlands terbitan Muzium Singapore dan selepas itu bergegas ke Bangsar Shopping Centre untuk melihat pameran Lat dan membeli bukunya The Early Siries. Di Kino hari itu saya terserempak dengan seorang sarjana yang kenal sikit-sikit dengan saya. Di sebelahnya berdiri gadis cantik manis, saya pasti bukan isterinya. Lantas diperkenalkan..”Ni kawan saya, Rahimidin bakal sasterawan dan bakal pengganti kepada sasterawan ABC…” Saya terdiam. Buat-buat senyum. Sasterawan ABC.. yang dia sebutkannya itu tak lain bekas peserta yang ikut Bengkel Puisi saya melalui MPR (Minggu Penulis Remaja) anjuran DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Bagusnya pensyarah seni dan budaya ini, kata saya dalam hati. Budak tu ada la menulis sebuah dua sajak, dan selalu mengidam inginkan S.E.A Write dan kalau boleh Sasterawan Negara pun dia nak. S.E.A Write nilai hadiahnya tak sampai 7 ribu je. Harga sebuah lukisan Ahmad Zaki Anwar dah 65,000.00 sebuah. Jailani Abu Hassan, Suzlee Ibrahim pun sama. Hari ini saya istiharkan untuk berhenti menjadi penyair!

10 comments:

N.Faizal-Sukma Pujangga Kecil- said...

bang jangan berhenti.. nanti biar saya mampu untuk ganti dulu..

bed : said...

marah betul cik emi.
sabar, sabar.

SATIRA + KACAU said...

Mcam kenal jer sasterawan yang dirujukkan itu.

Satira+Kcau

iseparkingproject said...

ingat ise dan work dia dan encik boleh terus jadi sasterawan hehehe

Rahimidin Z said...

N. Faizal,
bila-bila pun boleh ganti dik.

Beb,
tak marah...suka..

Satira,
memang semua orang kenal pun

Ise,
selalu ingat, cuma work belum kolek lagi...

Tabir Khaizuran said...

salam..xtau hujung pangkal ni..sj mencelah..salam puisi

edolah said...

demo jgn kecik hati...asal kawe kenal demo, ok tu...

sayapjannaim said...

saya juga nak berhenti jadi penyair abg im..

Rahimidin Z said...

Tabir,
Wsalam...selamat bertemu di dunia maya.

Edolah,
berbeza kenal "di luar" dengan kenal "di dalam dalam".

Sayapjannaim,
aik?

milyana arshad said...

mak saya kata, mulut orang ni kadang tu mmg x reti nak control. sabar la, jgn cepat merajuk.. sy x sanggup lagi kehilangan seorang penyair idola saya..