Mohon Pandangan
Seorang teman baik saya menelefon untuk memohon pandangan tentang masa depannya. Saya mendengar panggilannya hampir sejam, dengan segala rintihan dan luahan. “Aku patut pergi atau tidak?” asaknya kepada saya. “Kalau tempat baru itu menjanjkan masa depan yang membahagiakan, untuk kau, kau pergilah.” Dia diam lama. “Kalau aku pergi, aku telah memilih untuk mengasingkan diri daripada sekian hiruk pikuk dunia. Dan kalau aku tidak pergi, aku selamanya dipijak dan diperlekehkan sesukanya.” Dia macam ingin menangis. “Kau dah istikarah?” Tanya saya. “Belum.” jawabnya. “Kau dah tanya isteri dan anak-anakmu?” soal saya lagi. “Belum”. Saya menelan liur beberapa kali. “Kerana hal ini melibatkan masa depanmu, kau istikarahlah. InsyaAllah, Allah SWT akan meluangkan jalan keputusan untukmu.” Pujuk saya. Dia mengucapkan salam dan mematikan telefonnya.
Dia sahabat saya.
Saya beristigfar beberapa kali jauh di dalam hati. Dimakinya dengan segala macam hamun, “kafir, sesat barat dan wahdatul wujud.” Si pemaki itu sahabat saya, dan yang kena maki itu pula, pernah menjadi “guru” saya. Kedua-duanya sangat baik dengan saya, tetapi kedua-duanya tidak pernah tahu bahawa antara kami berdua saling kenal dan baik. Si pemaki memang kerjanya memaki-maki, dan ulamak itu pula selama yang saya kenal tidak pernah memaki-maki. Cukup berhemah. Setiap kali berjumpa memeluk-meluk saya. Berkali-kali saya dijemput ke rumahnya berbincang soal adat dan budaya islami. Sewaktu dia diberukkan oleh sekelompok orang dari parti politik tertentu kepadanya, dia bersyukur kepada Allah swt. “Ana sebut apa yang Quran dan Hadis sebut. Dugaan untuk ana terlalu kecil.” Katanya kepada saya setiap kali saya mengunjunginya.
No comments:
Post a Comment