Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai

20 tahun lepas, kami membuat pementasan drama yang berjudul Iqra di Balora Manik Urai. Kami namakan kumpulan kami ketika itu dengan nama Teater Saadong. Rosli Mohd. Nor sebagai pengarah, manakala pelakon-pelakonnya Saleh Yaacob, Saufi Mohd Nor, Mohamad Ishak dan saya. Kami dijemput oleh sahabat kami, Maryam Husin yang menyelenggarakan kumpulan puisi Urai. Pada sebelah paginya diadakan Bengkel Puisi dan sebelah petangnya pementasan drama kami. Kami tidur di bilik darjah Sek. Manik Urai yang baru siap pembinaannya ketika itu. Kami tak dibayar, tetapi kami disediakan makan pagi, tengah hari dan malam. Kami tetap hadir kerana kami seronok buat drama. Dan semalam, Manik Urai menyaksikan drama besar dan hebat. Khabarnya 127 juta demi 12 ribu pengundi. Dalam drama besar itu, PAS menang 65 undi. Saya teringat watak saya sebagai Penyair Pendeta. Itu lebih 20 tahun yang lalu. Maryam barangkali dah bercucu. Rosli, Saufi, Saleh dan Mohamad – sahabat-sahabat saya itu; kami telah terpisah oleh waktu.

8 comments:

lutfi said...

Meluat tengok perangai orang politik. Yang puak tu kata 'Kemenangan Moral'. Yang Sepuak lagi kata 'Menang walaupun diasak kuat'. Cakaplah yang sebenarnya.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Apa-apapun kita masih perlu berdoa panjang kerana perjalanan dan usia kita sedang menuju tua.

edolah said...

Sheikh,
salleh masih ada...sekarang dia meniaga ayam !

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan Rahimidin yang bermata bening

SENIBAYAN said...

Tuan dijemput untuk mendeklamasikan puisi Tok Janggut pada 8 dan 9 Ogos 2009 sempena pementasan teater Tok Janggut diDewan Nurani Kampus Kesihatan USM jam 8.45 malam.Harap sudi terima undangan dari manusia-manusia kecil ni...

mohamad kholid said...

janji dan janji dan janji... akhirnya janji tinggal janji!

Rositah Ibrahim said...

Salam,
manik dah terurai. Seronok membaca blog ini.

Rahimidin Z said...

Lutfi,
hanya politk manggis yang tak pandai menipu. kata penyair.

Sham,
insyaAllah kita menemui jalan yang lurus.

Edolah,
ayam serama?

Ibn Ali,
sejahteralah ke atasmu. Novelmu masih dibaca.

Senibayan,
InsyaAllah.

Kholid,
janji palsu belaka.

Rositah,
terima kasih.