Menunggu
Saya sepatutnya ke Kuantan pada awal subuh Sabtu dua hari lepas. Tetapi terpaksa tangguh kerana kena jadi bapa yang baik untuk hadir ke sekolah anak mengambil buku rekod akademik mereka.Tiiga anak saya bersekolah di sekolah yang sama, dan saya menghabiskan masa hampir tiga jam berbaris menanti di setiap kelas anak saya. Paling malas dan mengantuk di kelas yang terakhir, apabila seorang bapa yang menunggu dan membaca The Star menepuk meja dengan kuatnya. Dia menyampah sebagaimana saya juga. Setiap seorang ibu yang berdepan dengan cikgu akan mengambil masa 15 ke 20 minit, sedangkan di belakang mereka ada ibu-ibu yang membawa bayi menangis dan meraung, tetapi percakapan dan dialog berlangsung terus. Dialognya biasa. Anaknya dibuli. Bagaimana perkembangan mata pelajarannya anak. Tak kan perkembangan anak sendiri tak tahu kot? Kalau tak buat kerja kat rumah, malas, tak payah susah-susah tanya itu ini kat cikgu. Anak sendiri, tak cikgu yang lebih tahu? Saya tak tanya apa-apa, paling lama saya mengambil masa 3 hingga 5 minit , sebelum keluar dari kelas. Cuma kat guru kelas Adib, saya pesankan supaya dirotan sahaja kalau dia buat perangainya. Lama menunggu rupa-rupa amat membosankan.
Uncle, saya cantik tak?
Tengah hari semalam, saya bergegas membuka pintu pagar kerana mengejar zohor untuk masuk ke garaj. Tiba-tiba saya disapa, “Uncle, saya cantik tak?” Saya mengangkat muka. “Cantik!” kata saya. “Ada apa ni? Nak pi makan kenduri kat mana?” soal saya. “Kat Ampang. Uncle tak terpikat tengok saya?”. Saya tak jawab, membiarkan anak jiran saya yang sebaya dengan anak sulung saya itu berlalu. Saya bergegas undur kereta dan masuk ke dalam rumah. Selepas solat zohor saya beritahu isteri saya. Isteri saya tak terkejut. “Dah biasa lompat pagar sekolah!.”
3 comments:
hmm..payah juga rupanya menjadi bapa ni ya..zaman saya dulu tak ada pun hari ambil buku rekod...jatuh bangun semuanya sendiri buat..untung budak-budak sekarang...
Dahsyatnya budak perempuan tu!
Saya pula jenuh menunggu ibu bapa.. bila datang pula tak lama-lama.. cumaada seorang bapa yg berceramah pada kelas anaknya..bagi nasihat. lani rehat sekejap..latihan mengajar baru habis..tgh cari cikgu ganti.. sedap jugak jadi cikgu ni kadang-kadang.. cuma selalu sakit hati pada mok pok hok tok reti didik anok jadi manusia beradab!
Post a Comment