Monday, May 11, 2009

Selepas Itu Beli Lagi

“Menjadi kolektor ni macam orang gila juga” kata saya pada uwei hajisaari, satu malam dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.Dia mengiakan cakap saya. Macam mana tak gilanya kerana koleksi diburu setiap minggu dan bulan. Apabila isteri tanya berapa harga dibeli, jawapannya, “ala dapat harga istimewa”. Adakalanya beritahu dapat hadiah. Atau setelah dibeli dengan harga yang melebihi pendapatan bulanan, balik picit-picit kepala yang tak sakit. “Betul ke ni?” Rasa menyesal pula. Tapi buat tak tahu sajalah. Tapi selepas itu beli lagi.

Pameran Senilukis Terbuka ‘88

Sewaktu menyusun dan mencari katalog lama koleksi saya, terjumpalah katalog Pameran Senilukis Terbuka ’88 yang diadakan di Balai Seni Lukis Kelantan. Dulu negeri Kelantan dah ada Balai Seni Lukis sendiri meskipun bawah Muzium Negeri, sekarang tak ada lagi. Yang ada kat Kampung Kraftangan sekarang ini, itu bukan lagi BSL, tetapi entah apa-apa. Kalau ada orang kata itu BSL Kelantan, kesianlah saya kat dia.

5 comments:

guru besar haneem kaydeen said...

bila nak buat pameran koleksi

jika ke utara, singgah lah ipoh dan berdalang di bawah pokok kami ya..:)

saleeh rahamad said...

wah bapak sudah jadi orang kaya. jangan ditimbuni lukisan sudahlah pak. ayuh kita ke pnomh penh dan bali atau ke manado, Bangka, Belitung, Kalimantan, mencari lukisan lain.

Rahimidin Z said...

Haneem,
Tunggu biar puas hati dulu. Uwei dah offer nak jadi kurator, Haneem kena tulis esei pengantarnya.

Tuan Saleeh,
Bisa saja ke semua tempat itu, tetapi SM Zakir dan Amir harus diajak bersama.

Syarifah Zulikha al-Yahya said...

alhamdulillah cik im. terima kasih sebab prihatin

Pegawai Khalwat said...

Kat Adiwarna pun bole buat pameran bang.