Wednesday, May 13, 2009





































Buah Piah

Amin Sweeney di dalam bukunya Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Jilid 1 (2005:172) menulis tentang buah piuh dalam Catatan Tentang Teks – Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan: “Seorang teman saya, pengarang Syed Othman Kelantan, memberi tahu bahawa, semasa kecil, pernah dilihatnya buah ini dijual, terutama di kawasan Tawang. Pokok renek (chasalia curviflora)?”. Ralat saya: Sebenarnya buah piah bukan buah piuh, Munsyi Abdullah barangkali tersalah dengar. Juga bukan pokok renek, tetapi pokoknya tinggi macam pokok tualang. Buah piah dimakan dengan mengetuk buah yang masak ke batang pokok atau kepada benda keras untuk menanggalkan isinya yang berwarna kuning daripada bijinya yang keras. Rasanya kelat-kelat manis dan isi buahnya yang benar-benar masak akan mudah melekat di gigi.

4 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Buah piah di Pekan Tawang,
mari diketuk di pohon jarak
sudah parah politik wang
kini meruncing di negeri Perak.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Hebat tuan ni hingga Abdullah Munsyi pun salah menulis tentang alam Melayunya. Kalau macam tu, rasa-rasanya banyak juga fakta yang salah daripada penulisan Abdullah Munsyi itu agaknya.
Kalau bukan kita siapa lagi yang perlu membetulkannya. Teruslah membetulkan kesilapan masa lalu.

dariana said...

ana pernah makan buah piah ni. tak silap ada rasa sikit manis, lemak dan kelat. sepohon dekat rumah ana di tapang dah gemulah 30 tahun lebih dah. di kg jelawat mungkin masih ada!

menyusur jalan kuala krai...lepas nilam puri ada kg kedai piah. tak tahulah sama ada asal usulnya nama buah piah atau di situ ada kedai menjual kopiah!

Sally said...

Salam.. just take a share about buah piah at my blog. I take your link for those people who wanna know about buah piah..thanks in advance!