Friday, February 13, 2009

Wawancara 1:

Saya telah ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis ‘ghost writer’ mengenai sesuatu yang sedang dikerjakannya. Ini transkripsi wawancara pendek tersebut.

Saya : Apa karya yang sedang tuan kerjakan?
Ghost Writer : Banyak. Banyak sangat. Termasuk teks ucapan Ketua Menteri dan Menteri.
Tetapi saya menolaknya kerana menteri-menteri dan ketua menteri itu lebih

bodoh daripada saya.
Saya : projek terkini?
Ghost Writer : Menulis muzikal.
Saya : Muzikal apa tu?
Ghost Writer : Muzikal Babi.
Saya : Muzikal Babi? Biar betul tuan.
Ghost Writer : Yes!
Saya : Directornya?
Ghost Writer :Director Babi.
Saya : Pelakonnya?
Ghost Writer : Babi-babi.
Saya : Penerbitnya?
Ghost Writer : Seorang Aji
Saya :.Aji apa tu?
Ghost Writer : Aji Babi

Setelah siap menaipkan transkrip tersebut, saya berkira-kira untuk menyerahnya kepada Ketua Editor saya, En Sutung. Tapi tak jadi kerana saya tahu, dia akan tempik, “Midin, ini wawancara babi apa yang engkau buat?”

Wawancara 2:

Pada hari yang lain saya ditugaskan untuk mewawancara seekor Menteri Teater, YB. Datuk Seri Takutkan Bini. Ini transkripsi wawancaranya:

Saya : Boleh kita mulakan wawancara Datuk Seri?
YB : Boleh.
Saya : Apa rancangan Datuk Seri untuk memajukan industri teater tanah air?
YB : You nak interview I, you taj prepare soalan? I Menteri you know? Jangan buang masa I. Kalau nak interview sedia soalan siap-siap, jangan kat depan i baru nak reka-reka soalan.
Saya : (Gugup seketika saya dibuatnya). Soalan saya tuliskan di dalam kepala saya Datuk Seri.
YB : Pandai kamu menjawab
Saya : Saya wartawan yang tak pandai ampu Datuk Seri. Bagaimana dengan soalan saya Datuk Seri?
YB :Iya, kita akan bina lebih banyak dewan-dewan di serata tanah air untuk lebih banyak pementasan dapat diadakan. Macam di West End dan Boardway you know. Dengan adanya banyak panggung, dewan dan auditorium, maka banyaklah pementasan akan dibuat.
Saya : Kalau panggung banyak, tetapi pengarah, penulis skrip dan pelakon yang cerdik macam YB Datuk Seri tak ada macam mana? Dekat Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, Datuk Seri tak nak bina panggung?
YB : Mat, you serius sikit, You nak main I atau apa? Itu tempat ternak babi.
Saya : Babi pun kepingin nak tengok YB Datuk Seri.

Setelah siap saya tuliskan transkrip ini, saya patut serahkan kepada Encik Sutung atau Encik Dinsman. Dia oranag perlu baca dulu. Tapi kerana sibuk sangat, saya tak sempat mintak mereka semak, jadi saya publishkan di sini dulu.

8 comments:

benuasuluk said...

1. Muzikal babi langkawi ke , be?
2. eee tak malu, takut bini!

SATIRA + KACAU said...

Patutnya tajuk muzikal itu adalah "Muzikal Anjing & Babi".

Satira+Kacau

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
di kampung saya, di selatan tanah air ada seorang pengarah yang makan, tidur, berak dan mandi di kandang babi. Katanya, "ala biasalah tu.. babi pun makhluk Allah juga."
Kesian betul pengarah tu, tuan.

Melihat Kesunyataan said...

Rahimidin,
Dalam satu latihan teater peranan babi adalah seekor babi (barulah real). Entah macam mana si babi tu, tersilap langkah dan hampir-hampir tersondol si pengarah. Apa lagi Pengarah tu pun, menjerit..'Babilu!'

Rahimidin Z said...

Benuasuluk,
Satira Kacau,
Sham al-Johori,
Melihat Kesunyataan,
saya silap terbitkan wawancara tu di sini. Ghost writer tu pesan, jangan siarkan wawancara tersebut!

kakchik said...

siapakah agaknya ya ghost writer yang dimaksudkan tu...

hamir said...

Sdra Rahimidin,

Assalamualaikum wbt.,

Seronok baca wawancara I.

Dalam sebuah filem animasi Jepun bertajuk (Kurenai Buta) ada satu dialog,

Tobenai buta wa, tada no buta.
Babi yang tak terbang adalah babi yang biasa...

Wassalam...

Rahimidin Z said...

Kakchik,
ghost writer akan tetap tinggal sebagai ghost.

Hamir,
dalam karya kreatif segalanya serba mungkin.