Thursday, February 5, 2009

Mahasiswi

Seorang mahasiswi ingin menemui saya. Saya bertanya untuk apa, “untuk menulis tugasan atau siapkan tesis tentang puisi?” Jawapnya, “tidak”. Kalau tidak, tak payahlah jumpa saya. “Kena jumpa jugak, abang…”. Saya terus memotong, “Pak Cik”. “Saya ada masalah peribadi,” katanya. “Iya, semua orang ada masalah peribadi,” potong saya. “Saya nak bincang dengan abang..”. “Stop..Pak Cik” kata saya. Saya bukan kaunselor dan tak ada bakat nak menasihat awak tentang apa-apa pun. Suaranya pause beberapa minit di hujung telefon. “Saya sedang jatuh cinta dengan seorang penyair,” sambungnya. “Baguslah, anda sedang menuju dewasa,” tambah saya. “Saya nak tahu lebih lanjut tentang dia. Dia kata Pak Cik kawan baik dia.” “Semua penyair kat Malaysia termasuk Indonesia, semuanya kawan baik saya.”

Saya mula marah. “Siapa mamak tu? Kawan saya, pensyarah yang dah haji tu?”. “Bukan!”. “Kawan saya yang macam general tu?”. “Tidak!”. “Kawan saya yang setiap bulan ke luar negara tu?”. “No!”. “Kawan saya yang dah pencen?”. “Bukan!”. “Kawan saya yang pengerusi masjid?”. “Juga bukan!”. “Siapa mamak tu?” Saya tempik kuat-kuat. Saya tutup telefon. Padan muda dia. Dan saya sebenarnya tahu siapakah mamak yang mengaku kawan saya itu….

4 comments:

benuasuluk said...

hai penayir sufi pun reti marah? Ingat penyabar benar.
Be, dalam apa-apa keadaan kesabaran adalah ungakapan yang paling penting dalam hidup ini.
Huk huk.

Rahimidin Z said...

Dik,
Subhanallah.

MARSLI N.O said...

Sdr RZ: Tahniah, kerana tidak mudah tergoda dengan godaan syaitan.

S.M. Zakir said...

saya bukan penyair...