Mahal
Ketika saudaraku di Palestin dihentam kekejaman Yahudi laknatullah, aku dihidangkan dengan sepinggan nasi yang berharga RM700.00. Ah! Mahal sekali apa yang kumakan malam ini ya Allah. Aku tiba-tiba kenyang sebelum sempat mencicipi makanan yang terhidang.
Buruk
Mataku, ya Allah, kenapa melihatnya begitu buruk sekali? Walhal dia mungkin berasakan dirinya itu amat cantik. Paling cantik melebihi ciptaan-Mu barangkali? Lebih cantik dari dugong dan burung piguin. Aneh, aneh sungguh kerana mataku yang dianugerahkan-Mu melihatnya begitu buruk. Buruk sekali. Sehingga mengalirlah air mataku ini.
Sifu Taik
Cium tangan sifu. Semuanya pun cium. Stensen tv pun mensifukan dia. Surat khabar bilis dan paus mensifukannya. Stesen radio baru dan buruk juga. Tiba-tiba seorang Wak (guru saya) bergumam, “Sifu taik!”
2 comments:
Dah buat solat hajat belum? Sempena pengarah DBP baru?
Ha.ha. Belum Lut. Kalau seperti yang sebelum ini, lebih baik tak ada daripada ada.
Post a Comment