Friday, February 20, 2009

Buku Baru Kami

Aksara (Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd : 2009) kumpulan antologi puisi perseorangan saya yang keenam selepas Lakaran Kampung (1987), Sekepal Tanah (1995), Matahari Berdoa (1998), Di Kebun Khatulistiwa (2005) dan Istana Pasir – Zamok iz Peska (2007). Tanah Nurani (Penebrit Ilmu Bakti Sdn Bhd.: 2009)adalah kumpulan puisi perseorangan penyair Shamsudin Othman selepas Taman Percakapan (2006). Dua buah buku ini diterbitkan bersama lapan buah buku lain dan dijual secara pakej. Saya diberikan enam buah naskhah penulis, tetapi hanya tinggal sebuah. Tak dapat bagi kepada yang terlewat minta. Maaf ya dah tinggal sebuah.





































Dewi Kejahatan (2)

Aku tidak tahu kenapa dengan Dewi Kejahatan yang seekor ini? Dia suka sangat mengkhianati aku. Dia berterbangan dengan sayapnya yang patah sebelah. Setiap kali berdepan, dia senyum dengan amat manis. Setiap kali aku melangkah ditusuknya tapak kakiku. Aku tahu, tapak kakiku tak akan berdarah. Lagi berdendamlah Dewi Kejahatan itu dengan aku. Apa aku kisah. Aku ketawa kuat-kuat. Bergemalah tawaku ke sarang Dewi Kejahatan. Aku pasti satu hari petir atau halalintar akan dihantarkan Tuhan untuk segala budi dan jasa seekor Dewi itu.

4 comments:

Zarif Hassan said...

Tuan,
bagaimana agaknya boleh memiliki hasil tangan tuan dan tuan sham yer?

Melihat Kesunyataan said...

Sdr. Rahimidin,
Menarik untuk dimiliki. Insya-Allah saya akan cari di pasaran.

HASMORA MASNURI said...

Tuan,
saya ingin mengulang ayat Zarif dgn sedikit penambahan, bagaimana agaknya boleh memiliki hasil tangan tuan dan tuan sham dgn ada sedikit coretan dan tandatangan :)

Rahimidin Z said...

Sdr. Zarif dan Hasmora,
tuan berdua kena tanya Haji Sham, saya hanya menyimpan senaskhah.

Kekanda Shapiai,
terima kasih.