Wednesday, January 14, 2009

Dilanggar atau melanggar

Tak ada orang yang waras yang berniat untuk melanggar orang lain. Kalau kita berhati-hati,tentunya akan ada lawan kita yang tidak berhati-hati. Dan tak ada sesiapa yang ingin dilanggar atau melanggar. Sabtu tengah hari, kereta saya dilanggar dari belakang, dan kemeklah kereta buatan Malaysia saya. Saya tak marah sepatah kata. Cuma isteri saya seperti terkejut. Yang melanggar tentunya pucat lesi, dan temannya memberitahu kereta itu dipinjam daripada kawannya. Saya juga diam. Akhirnya saya diminta mengekornya ke bengkel kereta di belakang Grand Season. Dibaiki dan dibayarnya harga kereta saya, dan dia lesap sewaktu saya dan isteri ke kedai makan. Seperti biasa, saya tak sempat bertanya namanya, cuma ada no telefonnya yang ditinggalkan pada tuan punya bengkel. Terbuanglah masa saya selama 3 jam lebih kerana menunggu. Sepatutnya saya ke Galeri Chandan bersama U-wei kerana ada art talk oleh Hasnul J. Saidon. U-wei sampai dan kami minum lagi. Kerana ada yang belum siap, saya minta U-wei pergi dahulu dan saya menyusur kemudian. Balik ke rumah, selepas solat Asar saya keluar semula untuk ke Galeri Chandan. Hari bodoh saya pun bermula apabila, tiga kali saya ke sasar menuju Jalan Duta tiba-tiba keluar semula di Jalan Kucing. Kali kedua keluar di Jalan Semantan dan kali ketiganya masuk pula ke Pencahala Link. Tempat itu bukanlah saya tak pernah pergi, saya pernah bahkan berkali-kali. Akhirnya saya balik ke rumah ikut MRR2 dan solat maghrib.

Kosong

Saya dijemputnya untuk minum pagi. Saya pun hadir. Dia bercakap tanpa hentinya. Semua orang lain tak pandai. Bodoh. Bebal. Tak guna satu sen pun. Dia bercerita bahawa dirinya amat bagus. Bagus sekali. Percakapannya pandai, pandai sekali sehingga saya terkebil-kebil diam. Saya tak menjawab sepatah kata. Saya hanya mendengar. Hanya tiba-tiba seorang kanak-kanak telah membaling pinggan dan pinggan itu mengenai kepala kawan saya. Tempurung kepalanya terputus dua. Saya terkejut amat. Ternampak saya di dalam tempurung kepalanya yang kosong. Dia rupanya tak ada otak. Yang ada hanya hampas budu dan hampas kelapa yang telah diperah santannya.

7 comments:

Romibaiduri Zahar said...

Salam...

Kalau tentang bab langgar-melanggar ni
saya dah lali
sebab slalu sgt jadi mangsanya...
al-maklumlah perempuan!

Teringin juga saya tengok apa isi tempurung kepala politikus Malaysia ni...
isinya hampas kelapa atau setakat debu ajer

lutfi said...

Salam.
Garang sungguh sheikh lo ni.

Ki Kiey said...

sabar ya.
ada hikmah di sebalik itu=)

Unknown said...

memang ramai orang besar yg bercakap tinggi-tinggi yg kalau tempurung kepalanya pecah, otaknya bernilai tak lebih dari sebesar tahi hidung. Contohnya orang besar PPSMI!

Sham al-Johori said...

Salam tuan syeikh 'Perjalanan Salik',
Masya-Allah, mungkin ada hikmatnya peritiwa itu. Bak kata Amir Hamzah 'MPR'; "walaupun mukamu cantik, tapi aku tetap benci. Benci. Benci."
Takbir!
Hamba dari kejauhan tumpang sedih dan kasih.
Salam.

Rahimidin Z said...

Salam..
Romibaiduri, begitulah kira-kiranya.

Adik Lut, tak garang pun.

Anakanda Kikiey Oh Lala, terima kasih atas ingatan.

Sifu, itulah nampaknya.

Sheikh Sham, tk. keredaan Allah SWT jua yang kucari.

roslan jomel said...

kisah KOSONG tu, teringat akan cerpen MOLUSKA, karya sifu SM ZAKIR. Hahaha. Hampas aje rupa isi kepalanya, ya.