Salam Id Fitri
saya memohon ampun dan maaf atas
segalanya sempena Id Fitri ini.
InsyaAllah jumpa selepas raya nanti.
Hadiah
Sepanjang 2008, saya banyak sekali menerima hadiah. Setimbun buku dan beberapa buah lukisan. Termasuklah hadiah daripada teman-teman akrab yang sering berulang alik ke luar negara. Umpamanya saya menerima beg sandang dari Chieng Mai, kemeja dari
Dua hari lepas saya mengikut satu ceramah Ramadan. Ustaznya bagus, bahkan termasuk dalam kategori ustaz yang selebriti. Apabila ceramah hampir selesai, ustaz membukakan soalan untuk ditanya oleh hadiran. Ramai yang bertanya. Barulah saya tahu ramai yang tak tahu tentang apa yang ditanyai mestipun tentang hal yang amat remeh-temeh. Tetapi bagus sekali kerana semuanya berani bertanya. Dah tak tahu tanyalah, kenapa tak Tanya.
Dan ada satu soalan yang lebih kurang, “kenapa orang yang bersolat, tetapi suka juga membuat fitnah?”. Ustaz pun jawab. Dan jawapan ustaz itu betul. Tetapi saya tak tanya apa-apa.
Apabila saya membuka buku catatan yang sudah bertimbun di bilik saya, saya dapati banyak sekali sketsa yang saya conteng di dalam buku-buku tersebut. Skesta itu barangkali begitulah cerminan hati saya apabila berada di dalam mesyuarat. Ada mesyuarat dalam bahasa Inggeris dan minitnya keluar dalam bahasa Melayu. Ada mesyuarat yang tidak pernah memutuskan apa-apa keputusan yang harus dibuat. Ada mesyuarat yang sudah lima kali dibuat tetapi hasilnya tak ada apa pun. Dan dipaksa pula ahli mesyuarat yang lain untuk membuat kerjanya.
Pak Isa dari Kampung Kami
Entahlah Ramadan kali ini, saya terkenangkan tentang Pak Isa, orang tua di kampung kami. Pak Isa ini juga mengingatkan saya sebuah sajak penyair pelukis Latiff Mohidin. Sajak itu terkumpul di dalam kumpulan puisi Bahasa Alam yang diselenggarakan oleh Maarof Saad dan menjadi teks SPM pada tahun 1985. Saya salin semula sajak tersebut sepenuhnya:
(buat tok awang)
kalau aku sering saja
berlaku songsang
di perayaan tahun
seperti hari ini
telah sedia duduk
aku bangun berdiri
bangun bertepuk
aku duduk
ghairah berbincang
aku tidur
melepaskan merpati
aku tabur padi
telah merdeka
aku belum
kalau aku sering saja
berlaku songsang
ingin
mengingatkan
Sajak ini mengingatkan saya kepada Pak Isa. Pak Isa, lelaki tua yang entah dari mana tiba-tiba telah membeli beberapa bidang tanah di kampung kami. Pak Isa membina pagar setingginya. Pak Isa tak ke masjid dan tak ke surau. Pak Isa tak bercakap pun dengan orang-orang kampung kami. Pak Isa anti masyarakat. Bahkan sesiapa yang
Ramadan semakin ke penghujungnya. Dan aidilfitri semakin hampir. Pak Isa pun sudah semakin tua. Tok Awang dalam sajak Sonsang A. latiff Mohidin telah pun meninggal. Apalah yang boleh saya katakan, selain berdoa dan berdoa agar Pak Isa membukakan pagarnya, dan dia boleh kembali ke surau atau masjid di kampung kami.
Sketsa A. Ghafar Ibrahim
Nama saya di atas perahu. Dan dicatatkannya: “Perahu yang hanyut di air anda selamatkan perjalanannya. Ya!” Bang Agi, siapalah saya, selain orang kecil yang sedang mencari erti diri di dalam perjalanan saliknya untuk selamatkan perahu yang hanyut di air? Saya teringatkan Hamzah Fansuri, lelaki sufi dari Barus yang mencari Tuhan di Kaabah, tetapi tak ditemuinya. Dia ketemui-Nya di dalam rumah. Hamzah Fansuri pun telah lama mati, yang tinggal syair-syair dan puisi sufinya.
Sketch saya yang dilakar di dalam setiap mesyuarat yang membosankan
Ingin Kutembak
seekor anjing hitam itu
yang menyalak-nyalak
di negeri hatiku:
rupanya sudah bertahun-tahun
ia menyalak dan melengking
sehinggakan para malaikat pun
menyisih jauh.
seekor anjing hitam itu
yang menyalak-nyalak
di negeri hatiku
yang menutup jernih
air muka
dan menerbitkan
aroma hina dan dosa.
seekor anjing hitam itu
dengan lantera cahaya
menerangi gelapnya
rumah jiwaku.
19 Ramadan 1429
sama seiras
hanya muslimku
yang membezakan
masjid dan gereja.
kuberhati-hati
dengan makan
dan minumku;
yang mengalirkan darah
dan menumbuhkan
dagingku.
aku membaca kesunyian
pada peluit kapal
yang singgah
dan pergi lagi.
kapal-kapal itu
singgah,
tanpa pasti
apakah kaki ini akan
kembali lagi.
para malaikat
ada bersamaku.
27 Mei 2006
nama besar
yang mematerikan revolusi
dalam usia muda,
sayangnya mahkamah tentera
menghukummu mati.
dan jiwa
kubaca tentangmu
seperti sepuluh tahun
yang lalu di Luneta
kini selamat bertemu kembali
di kotamu sendiri.
seperti juga kampungku
nangka dan langsat
merimbun hijau
dan di muzium kecil
aku disapa mesra,
“Are you Filipino?”
“No, I’m Malaysian,
Muslim!”
Rizal yang Melayu
‘Noli Me Tangere’, dan
‘El Filibustarimo’;
dengan semangat
dan jiwa raga
juga tak akan
kulupakan air mata!
28 Mei 2006
Puasa Tapi Tak Solat
Solat Tapi Tak Tutup Aurat
Hampir setiap hari saya dan isteri pesankan kepada anak-anak, puasa harus diseiringkan dengan solat. Solat itu tiang yang paling utuh, di manakah ingin dipakukan dinding dan dipasangkan bumbung kalau tanpa tiang. Tapi itulah nampaknya yang sedang terjadi. Orang boleh berpuasa, tetapi solatnya tidak. Begitulah saya sering melihat orang solat, tetapi selepas solat dibukanya aurat.
Semalam saya diundang ke majis berbuka puasa. Ini hari pertama saya berbuka di luar. Saya paling malas berbuka di luar, kecualilah dijemput oleh teman rapat. Kalau tidak biasanya saya mohon maaf. Semalam, selepas berbuka, ketika saya keburu solat Maghrib, masih ramai yang bersidai selepas makan. Bila saya kembali, iya masih seperti itu. Memang nampaknya ramai orang yang menghabiskan masanya untuk berlapar tanpa solat.
RM40, RM50, RM60, RM70 sehingga RM150 untuk satu kepala. Sedangkan kalau di rumah, saya pasti tak sampai RM10. Jadi selebih dari itu tentulah makan syaitan. Dan jadilah orang puasa yang sesisia.
Maaflah iya semua sempena Ramadan ini. Kalau belum lagi rajin bersolat, silalah mulakan untuk Ramadan kali ini. Bersolat dengan tekun tanpa menyisihkan satu waktu pun. Manalah tahu inilah Ramadan kita yang terakhir?
oleh sejuk dan dingin cuaca
hujan petang sehampir reda
dan rumput-rumput basah
antara pijakan kasut serta capal.
wahai pahlawan
sudah terpisah roh
dengan jasad
apabila Yang Maha Kuasa
memanggilmu pulang
tak akan sesaat lambatnya
dari jeriji waktu
yang telah ditetapkan.
tetap hidup
di jiwa para pejuang
yang kenal
erti perjuangan.
pasrah dengan doa
dan al-fatihah,
kecualilah
si buta sejarah
yang sesat
di hujung jalan.
memberikan penghormatan,
seratus tahun akan datang
mungkin tak akan lahir
seorang a. samad ismail.
Petaling Jaya
4 September 2008
11.30 Malam