Wednesday, July 16, 2008

Kupadamkan Sejumlah Nama

Kerana tidak ingin berhutang apa pun
termasuk rindu dan dendam
kupadamkan sejumlah nama.

Kutinggalkan sebaris kesepian jauh di ufuk
sambil membaca catatan demi catatan
yang tidak terhapus juga oleh hujan.

Tidak ada sesal selepas membuat pilihan
kerana keputusan bermula dari kejernihan
hati dan perasaan.

Kupadamkan sejumlah nama
yang penuh santun dan manis
memberiku duri, racun dan belati.

Dan aku tidak pernah menangis
kerana aku tidak berhutang apa pun.

15 Julai 2008

9 comments:

benuasuluk said...

mohon jangan kaupadamkan namaku
meski mungkin
namaku engkau sembunyikan dalam puisi
aku masih berhutang...

Rahimidin Z said...

jangan menangis pulak,
HANYA BEBERAPA NAMA JE.

Sham al-Johori said...

kubawa namaku ke syurga
dan kubawa namamu juga ke syurga
tak akan kutinggalkan
walau sesaat
kerana di balik aksara nama kita
ada nur 'din'
yang amat mendekatkan.

hehehehe

p/s nama yang tak ada 'din' tu kita ketepikan dulu di titian siratulmustakim. hehehe
jangan marah pak syeikh-pak syeikh yang lain ...

SATIRA + KACAU said...

Saya tak lupa bagaimana Sdr melupuskan entri pertama dan pemula di blog ini.

Dan reaksi/komen ini juga bersedia untuk dilupuskan jika Sdr memang berniat melupuskannya.

Memang bila sampai waktunya kita tidak ingin lagi berhutang apa-apa dengan sesiapa.

Bukankah?

Satira + Kacau

Rahimidin Z said...

sham,
terima kasih kerana singgah.

satira kacau,
yang ini saya tak lupuskan.
tk

Shasha said...

hmm...nama saya pun dah padam juga ek...

Rahimidin Z said...

kakchik,
tak padam pun.

dariana said...

namaku sama ada kaupadamkan atau tidak
namamu sama ada kupadamkan atau tidak
adalah pengganti diri asal sekujur
namun kita keloi hingga sayup-sayup
kita ambil tahu hingga
masing-masing terlantar mereput

itu kuburan siapa
ada nisan tetapi tiada nama.

salam 23rejab29H.

Rahimidin Z said...

salam,
ustaz abdul hadi,
selamanya terakam kukuh dalam ingatan.