Friday, May 2, 2008

Memadam Sejarah

Ke mana-mana pergi, saya suka cari kedai buku atau muzium atau balai seni lukis. Baru ni saya pergi utara tanah air, bawa anak-anak. Singgahlah seketika kat Muzium Negeri. Nampaknya ada sesuatu yang tak beres. Bila keluar selepas habis melihat semua koleksi yang dipamerkan, jaga muzium minta tuliskan sesuatu dalam buku catatan pengunjung. Saya tulis mudah, “sejarah janganlah dibohongi”. Aneh apabila semua tokoh Kedah dalam pelbagai bidang dipamerkan, tetapi Shanon Ahmad, sasterawan negara tak ada gambar dan biodata. Apakah kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat parti pas dan pernah menulis novel ‘Shit’ maka namanya tak layak disenaraikan di muzium negeri. Tak tahulah mungkin selepas ini, setelah kerajaan negeri baru yang memerintah, apakah sejarah kerajaan lama harus dipadamkan?

Kambing Hitam

Apakah bezanya antara kambing hitam dengan kambing putih? Bezanya tentulah warna. Di negeri antah berantah, nenek saya bercerita terdapat seorang peladang yang menternak sekandang kambing. Peladang yang asyik bercakap itu, selalu pula tertidur di wakaf kecil di tengah-tengah kandang kambingnya. Apabila terjaga suatu petang semua kambingnya yang berwarna putih telah bertukar warna menjadi hitam. Dia pun terkejut, angkara siapakah yang telah mengecat warna kambingnya itu?

Dia berfikir lama, bagaimanakah untuk menukar kembali warna kambingnya menjadi putih? Berapa tong drum catkah yang harus digunakannya. Ketika sedang berfikir-fikir itu, peladang itu tertidur lagi. Ketika jaga semula, semua kambing hitamnya sudah tidak ada lagi. Saya bertanya nenek saya (Hajah Mek Jah bt Awang), “ke manakah hilangnya semua kambing itu?”Nenek saya tak jawab pun.

1 comment:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Kambing putih bukan menjadi hitam tetapi HIJAU. Semua kambing itu kemudiannya hilang ke mana? JAWAPANNYA ialah separuh masuh syurga Allah dan separuh lagi masuk neraka Allah.
Amin.

ii
Betul, bahawa sejarah jangan sesekali dibohongi.

iii
Sambung cerita nenek Jah tu...