Sepatutnya balik ke Kota Bharu hari ini, tetapi kerana beberapa hal, tidak jadi balik. Hari ini menghadiri Hari Usman Awang di Galeri Chandan bersama penyair Wan A. Rafar. Ada pameran lukisan yang dihasilkan oleh para pelukis dari PeRupa pimpinan pelukis Aris Aziz. Ada pengkisahan dan dan baca puisi. Tan Sri Kamarul Arififin membaca puisi-puisinya, Dr. Siti Zainon Ismail, Dato' Rahman Shaari, Zakaria Ariffin, Wan A Rafar, Raja Ahmad Aminullah dan ada ramai lagilah. Ada beberapa nama yang tercatat nama mereka di buku program tetapi tidak dapat hadir. Kasajiza AS menjadi pengacaranya, kebetulan galeri itu milik anak buahnya, Haji Nazli Aziz. Baru hari ini saya tahu Nazli itu anakanda kepada Aziz Abbas, abang kepada Zainal Abbas.
Berbeza sedikit, Hari Usman Awang terpaksa dianjurkan oleh anaknya, Haslina bersama DR. Siti Zainon, PeRupa dan Galeri Chandan. Dua hari lepas saya, Marsli N.O dan Lutfi Ishak ke majlis Ulang Tahun ke 120 penyair Vladimir Mayakovsky di Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia di Jalan Ampang. Kami sampai lambat kerana berbuka puasa dan selesaikan fardu Maghrib di KL Kovensyen Sentral terlebih dahulu. Mahal juga rupa-rupanya harga berbuka di sana RM128.20 untuk satu kepala. Kami sampai dah jam 9.00 malam, dan yang ada di situ - SM Zakir dan Haslina Usman Awang, Pengarah Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia serta kaki tangan dan beberapa rakyat Rusia. Paling menarik kami berkenalan dengan Firduas - kelasi Kapal yang berkahwin dengan perempuan Rusia. Hari ulang tahun kelahiran penyair agung Rusia itu disambut di semua Kedutaan Rusia di seluruh dunia!
Barangkali untuk 12 Julai 2014, PENA bolehlah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Hari Usman Awang, salah seorang Sasterawan Negara yang pernah menjadi Ketua Satunya.
Tuan RZ
ReplyDeletehebatnya mereka!
Dr. M, begitulah. Tetapi kita tidak pernah berasa yang kita miliki itu hebat!
ReplyDelete