Wednesday, July 16, 2008

Kupadamkan Sejumlah Nama

Kerana tidak ingin berhutang apa pun
termasuk rindu dan dendam
kupadamkan sejumlah nama.

Kutinggalkan sebaris kesepian jauh di ufuk
sambil membaca catatan demi catatan
yang tidak terhapus juga oleh hujan.

Tidak ada sesal selepas membuat pilihan
kerana keputusan bermula dari kejernihan
hati dan perasaan.

Kupadamkan sejumlah nama
yang penuh santun dan manis
memberiku duri, racun dan belati.

Dan aku tidak pernah menangis
kerana aku tidak berhutang apa pun.

15 Julai 2008

9 comments:

  1. mohon jangan kaupadamkan namaku
    meski mungkin
    namaku engkau sembunyikan dalam puisi
    aku masih berhutang...

    ReplyDelete
  2. jangan menangis pulak,
    HANYA BEBERAPA NAMA JE.

    ReplyDelete
  3. kubawa namaku ke syurga
    dan kubawa namamu juga ke syurga
    tak akan kutinggalkan
    walau sesaat
    kerana di balik aksara nama kita
    ada nur 'din'
    yang amat mendekatkan.

    hehehehe

    p/s nama yang tak ada 'din' tu kita ketepikan dulu di titian siratulmustakim. hehehe
    jangan marah pak syeikh-pak syeikh yang lain ...

    ReplyDelete
  4. Saya tak lupa bagaimana Sdr melupuskan entri pertama dan pemula di blog ini.

    Dan reaksi/komen ini juga bersedia untuk dilupuskan jika Sdr memang berniat melupuskannya.

    Memang bila sampai waktunya kita tidak ingin lagi berhutang apa-apa dengan sesiapa.

    Bukankah?

    Satira + Kacau

    ReplyDelete
  5. sham,
    terima kasih kerana singgah.

    satira kacau,
    yang ini saya tak lupuskan.
    tk

    ReplyDelete
  6. hmm...nama saya pun dah padam juga ek...

    ReplyDelete
  7. namaku sama ada kaupadamkan atau tidak
    namamu sama ada kupadamkan atau tidak
    adalah pengganti diri asal sekujur
    namun kita keloi hingga sayup-sayup
    kita ambil tahu hingga
    masing-masing terlantar mereput

    itu kuburan siapa
    ada nisan tetapi tiada nama.

    salam 23rejab29H.

    ReplyDelete
  8. salam,
    ustaz abdul hadi,
    selamanya terakam kukuh dalam ingatan.

    ReplyDelete