Mencari Teman Yang Beriman dan Bertakwa
Saya menerima pesanan SMS daripada guru saya dari Kota Bharu, Ustaz Abdulhadi Muhamad. “1. Pastikan dalam sehari kita punya masa untuk baca dan menatap Al-Quran. 2. Berbuat baik dan senangilah hati orang lain…seboleh-bolehnya janganlah menyulit atau menyusahkan mereka, kita dikasihi Allah.” (25/9/04) jam 20:10:52. InsyaAllah apa yang diperingatkan oleh beliau, telah pun saya mulakan. Sebagai hamba, kita seboleh mungkin untuk berbuat baik, tetapi mulut ini biasanya tidak tahan juga dengan sindiran. Halus dan tajam. Sesekali rasa ingin dijawab, melebihi daripada apa yang diperlekehkan.
Tak sampai sebulan kemudian saya menerima lagi pesanan SMS daripada beliau, “Assalamualaikum. Saudaraku, tingkatkan amalan pahala di bulan Ramadhan, baca Al-Quran dan bersedekah. Bersahabatlah dengan orang yang beriman dan selalulah makan bersama orang yang bertakwa.” (19/10/04) jam 11:34:00.
Menerima pesanannya membuatkan saya termenung dan berfikir panjang. Betapa Kuala Lumpur ini pusat segala aktiviti dan kegiatan daripada yang sebaik-baik sehinggalah kepada yang sejahat-jahatnya. Hanya Allah Yang lebih Mengetahui. Betapa susahnya saya untuk mencari sahabat yang beriman dan untuk duduk makan bersama orang yang bertakwa di
Duduk sendirian saya terkenangkan guru dan sahabat-sahabat saya di Kota Bharu. Apabila masa terluang saya akan mengunjungi (atau paling tidak membuat panggilan telefon) dengan Ustaz Yusoff Abdul Hamid (kami memanggilnya Ustaz Mujahid), Ustaz Mohamad Mahmud (Pengarang Pengasuh - yang saya panggil Ustaz Pak Jak), Ustaz Abdulhadi Muhamad, Ustaz Muhammad Uthman el-Muhammady dan beberapa lagi. Tentunya hubungan kami amat akrab. Bukan sahaja makan bersama, sebagai orang yang lebih muda, saya lebih banyak mendengar dan menerima.
Apabila menjadi guru di Kota Bharu, malam-malam tertentu tidak saya lepas untuk mengikuti kuliah tafsir dan hadis. Kuliah tafsir Ustaz Muhamad Mustafa, kuliah hadis Ustaz Shukri Muhammad (Timbalan Mufti Kelantan) dan kuliah Mingguan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat jarang saya lepaskan. Saya memperolehi satu keseronokan. Pernah saya bawakan teman-teman saya ke rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, saya terus bawa. Walhal Tuan Guru bukanlah kenal saya, tetapi teman-teman saya cukup respect, mereka kata saya baik dengan Tuan Guru.
Apabila berpindah ke Kuantan, sempat berkenalan dan agak rapat dengan beberapa ustaz di
Berpindah ke Pulau Pinang, lain lagi. Seronok apabila berpindah dan tinggal di Balik Pulau, kawasan yang kita tidak banyak kawan dan saudara mara. Orang yang kita kenal di masjid semuanya menjadi sahabat dan saudara. Kita hampir tidak dikenali. Walaupun tidak lama, hanya 3 tahun di Balik Pulau – itu pun tiga kali berpindah rumah dari Taman Pondok Upeh, ke Titi Teras dan berakhir di Lebuh Sungai Burung, bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya. Sewaktu di Titit Teras, saya menjadi kariahnya. Untuk pulang ke rumah, saya harus melewati jalan kecil yang betul-betul melintasi di hadapan Masjid Titi teras.
Kuliah dan acaranya saban minggu. Selepas kuliah atau terawis kami duduk rapat-rapat menjamah hidangan. Seronok dan penuh dengan nilai persahabtan. Sebulan sekali Ustaz Taib Azamudin akan menyampaikan kuliahnya di masjid Titi Teras. Saya biasanya jarang melepaskan peluang ini. Awal-awal sudah datang dan bersedia untuk mengikuti kuliahnya. Kalau kuliah biasa, adalah tiga empat puluh orang, tetapi apabila Ustaz Taib, masjid hampir penuh. Di luar seperti ada Pasar Malam, dengan jualan pelbagai jenis makanan, pakaian, kaset, cd dan kitab-kitab agama.
Di USM pula agak beruntung, saya terus daftarkan diri sebagai pelajar minor untuk Pengajian Islam. Bergurulah saya dengan Ustazah Zaleha Muhamat (telah kembali ke rahmatullah dan al-fatihah untuknya) dan Ustaz Muhd Radzi Othman. Segala yang terbuka saya langsung akan menemui Ustaz Radzi untuk bertanya apa yang terbuku. Dan beliau amat terbuka dan lebih melebarkan lagi sudut pandangansaya.
Di waktu yang lain, kami dibawa oleh Dr. Zakaria Ali untuk bertemu dengan Dr. Kassim Ahmad di dusun duriannya dekat Kulim. Kami pergi, dan kawan saya Azian Fauzi tidak melepaskan peluangan, menyoal Kassim, membetulkan tafsiran ayat hadis dan Quran. Tahulah saya, ilmu agama bukan untuk dihujah dan dinilai mengikut logikakal. Islam merupakan amalan anutan yang bertalian dari Allah.
Apabila di Kuala Lumpur, waktunya habis di atas jalan sesak. Saya termenung dan terfikir, alangkah baiknya kalau saya memilih untuk pulang menetap di kampung. Tanah tapak rumah sudah ada. Di rumah ayah,pun tinggal bertiga, dan rumah ibu mertua tinggal seorang.
Ramai kawan yang saya temui tidak seperti di Kota Bharu, Kuantan atau Balik Pulau. Ramai yang mulutnya manis, tetapi hatinya Tuhanlah yang mengetahui. Ramai yang tahu dan pandai agama, cakapnya mengalah mufti dan ulama. Tetapi amalan hanya di bibir, bukan pada perlaksanaan. Saya terus termenung dan berfikir untuk mencari kawan yang beriman, dan memang ingin makan bersama kawan-kawan yang bertaqwa.
Tuan Syeikh,
ReplyDeleteBerkawan dengan manusia, kita akan ditinggalkan malah akan memungkinkan dendam dan iri hati; hanya sesekali mengenang budi. Bersahabatlah dengan al-Quran kerana itulah jalan yang akan membawa kita ke negeri abadi.
Ana' mencari makna mimpi malam tadi apabila dikejar dan dibeliti seekor ular. Apa gerangan mimpiku itu?
syeikh, tafsir biasa terhadap mimpi dikejar dan dibeliti ular tu mudah sahaja. ada "seseorang" yang sudah jatuh hati dan sedang mengejar enta sebenarnya. bersedialah. heh.heh.
ReplyDeleteSalam untuk sdr,
ReplyDeletesaya tertarik degan sms tok guru sdr itu yang berbunyi;
“Assalamualaikum. Saudaraku, tingkatkan amalan pahala di bulan Ramadhan, baca Al-Quran dan bersedekah. Bersahabatlah dengan orang yang beriman dan selalulah makan bersama orang yang bertakwa.”
Kadang-kadang terfikir juga, alangkah baiknya kalau istilah orang yang beriman itu dapat dilihat semula dan tidak dipersempitkan.
salam
ReplyDeletesdr mohd shah ibrahim,
terima kasih.
salam sejahtera,
ReplyDeleteterima kasih krn ada ingatan trhadap sms saya & coretan panjang anda amat menarik buat kesedaran kita bahawa ilmu itu wajib didatangi bukan menunggu ia mendatang.
syukur Dia memberi kita mata telinga dan akal buat menerima yg baik2 dan menyingkir yg tidak baik.
selain sampingan puisi2 blog saya cuba membahagi ilmu melalui tafsiran ayat2 yg bermula dengan 'Wahai org2 yg beriman....' selamat dtang.
ustaz,
ReplyDeleteterima kasih
kerana singgah.