Semalam saya mengikuti Ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ust. Nor Laila Aniza Zakaria di Lambang Sari, Istana Budaya. Dua jam setengah ceramah dengan soaljawabnya sekali. Seperti biasa, saya suka memilih bucu sebagaimana buku saya "Dari Bucu Pentas" yang belum sempat diterbitkan sehingga ke hari ini walaupun daminya dengan disiapkan oleh Sinaganaga 3 tahun lepas.
Ada banyak sisi menarik yang disampaikan oleh penceramah ini. Anatara yang sempat saya catatkan dalam buku kecil saya:
a. Menghidupkan Ramadan bukan dengan jeritan dan kekasaran, tetapi dengan hikmah dan kelembutan."
b. Baginda Rasulullah berpesan, setinggi-tinggi iman dengan mengucapkan "Laillahhaillah" dan serendah-rendah iman dengan membuang sesuatu di jalanan yang menghalang jalan tersebut.
c. Jangan susahkan orang lain di dunia, kelak Allah susahkan kita di akhirat.
d. Malaikat mendoakan kerahmatan kepada orang yang bangun sahur. Lambatkan bersahur dan cepatkan berbuka,
e. Buang makhluk di dalam hati, dan besarkan Allah. Kalau sakit carilah Allah kerana Dialah penyembuh segala penyakit. Lakukanlah solat sunat dua rakaat supaya Allah sembuhkan. Jangan memustahilkan Kuasa Allah.
terjawab ke dak soalan yang nak ditanya hari tu?
ReplyDeletebelum tanya, pengacara majlis telah memberikan jawapannya....
ReplyDelete