Tuesday, February 12, 2013

Kuliah Hikam

Dua malam lepas saya mengikut kuliah Hikam yang disampaikan oleh seorang ustaz jemputan di Masjid Syaidina Hamzah Kg. Batu Muda. Sebelum ini pun, saya pernah mengikuti kuliah kitab Hikam ini daripada beberapa ustaz yang lain. Dan setiap kali saya mengikuti kuliah dari kitab ini, saya sering melihat perbezaan cara penyampaian dan cara menafsir antara seorang ustaz dengan ustaz yang lain. Yang menarik malam tadi, Ustaz menghuraikan tentang penyembuhan sesuatu penyakit itu bukan kerana Dr. Pakar yang kita jumpai dengan rawatan dan ubat yang terbaik. Kepakaran dan ubat-ubatan yang terbaik tidak bisa menyembuhkan penyakit. Apatah lagi kalau Dr. Pakar itu turunnya dari langit sekali pun, tetapi kesembuhan itu tidak akan datang juga. Ustaz menambah, yang boleh menyembuhkan penyakit ada dua perkara, iaitu  madu lebah dan bacaan Al Quran. Jadilah, amalkan meminum madu lebah asli dan bacaan al-Quran setiap hari.

3 comments:

  1. Tapi En.Emi, perempuan kalau dengar "madu" tu allergic terus :) Al-Quran, ok je :)

    ReplyDelete
  2. Bed, madu lebah dengan 'bermadu' dua hal yang berbeza.

    ReplyDelete