Monday, January 16, 2012

terima kasih kerana mengingatkan

dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu kita selesaikan. hal yang berkaitan dengan kekeluargaan, manusia sekelilingnya, alam tumbuhan dan binatang yang berkaki empat dan yang menjalar serta melata. begitulah, kadang-kadang tanpa sedar kata-kata yang kita ucapkan dalam bentuk gurauan, menjadi serius kepada yang tidak menyukainya. sesekali juga atau acap kali juga, kerana seronok berkata-kata - akhirnya tujuan itu terbias daripada makna. tentu ada sahaja yang terluka dan melukakan.

usia akan terus menyusur masa dan akan menarik ingatan perlahan-lahan sehingga kita menjadi banyak terlupa, walaupun belum sampai ke tahap pikun. segala yang Allah swt anugerahkan, kita terima dengan redha, dan segala kekhilafan dan keterlanjuran, disusun sepuluh jari memohon keampunan. seperti tidak ada gading yang tak retak, tentunya manusia sentiasa berada dan terdedah dengan segala macam kekhilafan dan kelemahan. tetapi kata pepatah Melayu, "terlanjak perahu boleh diundur, terlanjak kata...'. itu kata pepatah Melayulah. Nak pakai, pakailah, tak nak buat tak tahu sajalah.

terima kasih kepada teman-teman, sahabat jauh dan dekat yang sering mengingatkan.

1 comment:

  1. sheikh,
    sebagai manusia yg serba kekurangan... sama-samalah kita...dlm jalinan ukhuwah persahabatan.

    ReplyDelete