"Kita tak perlu tidur dalam perut semua orang..." saya lupa sejak bila saya mendengar ungkapan tersebut. tetapi yang saya pasti, ucapan itu dituturkan ayah kepada saya sejak lama dulu. ungkapannya macam pelik, tetapi pemahaman mudahnya,"kita tak perlu percaya kepada semua orang." kerana selepas daripada diri kita, semuanya orang lain. manusia diciptakan oleh Allah swt dengan pelbagai sifat, tingkah laku, perangai, tabiat dan segala aspek sama ada yang kecil mahupun yang besar - yang pelbagai.
peristiwa dan kejadian dalam hidup kita, selalunya memberikan pengajaran untuk kita selalu berfikir dan merenung. setiap peristiwa yang terjadi, tentunya bersebab dan berakibat. segala yang terjadi juga, tentunya dengan izin dan restu Yang Maha Berkuasa. sesuatu musibah, atau kejayaan semuanya dengan izin-Nya. tanpa restu dan izin-Nya "sesuatu" itu tidak akan terjadi dan terlaksana. semuanya tercatat dan tertulis di Luhmahfuz-Nya. manusia hanya sebagai "penggerak" kepada terlaksana keizinan-Nya tersebut.
saya cuba belajarlah untuk tidak selalu bersedih dengan pilihan yang telah saya buat.selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa untuk menentukan masa depan dan perjalanan hidup saya...
No comments:
Post a Comment