berita tv melaporkan sebuah GLC telah memperuntukkan 5 juta untuk menemukan seekor badak sumbu betina berusia 15 tahun dengan badak sumbu jantan berusia 2o tahun. ini demi kesinambungan hayat tidak pupusnya binatang tersebut untuk tatapan generasi yang akan datang.
nilai untuk membiayai dua ekor badak sumbu itu lebih besar dan lebih bermakna daripada membina masa depan penulis atau sasterawan. badak sumbu, spesis binatang yang hampir pupus. dan sasterawan serius (penyair, novelis, cerpen, eseis dan dramawan) juga antara spesis yang hampir pupus sepeti badak sumatera. tetapi apa yang sedang dilakukan untuk spesis itu terus hidup?
apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan 5 juta untuk ITBM dan i juta untuk memperbaiki rumah PENA - maka di hujung pelipis telinga kita pelbagai sindiran yang penuh sinikal. "persatuan penulis pun telah dibeli!" bahkan ada penulis dari negeri yang ingin bekerjasama dengan PENA diberi ingatan supaya jangan terlibat dengan PENA, kalau terlibat mereka tidak akan ikutserta. inilah bayangan betapa sempit dan singkatnya akal pemikiran penulis jenis ini.
PENA sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh penulis yang mempunyai pelbagai edeologi dan pemikiran. dan penulis tidak pernah menjual apalagi menggadaikan ideologi yang mereka miliki. apabila kerajaan yang menjadi pemerintah di negaranya yang dipilih secara demokrasi memberikan bantuan, maka beballah persatuan tersebut kalau tidak menerimanya.
apakah orang yang menyindir itu tidak tergiur dan menyarankan saranan tertentu kepada orang yang mereka suka untuk diberikan anugerah tertentu. dan kami, yang jarang bersuara di mana-mana pentas politik, telah berbuat lebih daripada itu dengan kemampuan kami yang terhad dan terbatas.
berbanding dengan badak sumbu yang tiada akal dan pemikiran - tetapi kita tetap juga menyanyangi makhluk ciptaan Allah swt tersebut. dan kerana rasa sayang kita, maka langkah menentukan hayat badak sumbu perlu diambil.
dan sastera kita hari ini terhutang jasa yang sangat besar kepada Syed Syeikh al Hadi, Ahmad bin Muhamaad Rashid Talu, Ahmad Syawal Abdul Hamid, Abdul Kadir Adabi, Pak Sako, Muhammad Rakawi Yusoff dan lain-lainnya.
seperti yang pernah diungkapkan bajet menebang/mencantas pokok lebih besar drpd bajet untuk aktiviti kebudayaan & persuratan.
ReplyDeleteSdr Nasser,
ReplyDeletebegitulah nampaknya.