Saturday, October 1, 2011

DUA BELAS BINTANG
(untuk wan -
hajah wan zaharah hj wan omar)

engkau menaburkan
dua belas bintang
di langit – satunya
telah gugur ke bumi
dan tertanam
di tanah hutan buluh

alam telah berjarak
tetapi kasih terangkum
abadi

sebak dan merah mata
pastinya tidak
seabadi cinta

satu talqin
yang bebintikan namamu
telah pun dibaca
dan ada
sebelas lagi talqin
yang akan menyusur
hanya masa
menciptakan jarak
lambat atau cepatnya

semuanya fana
tak satu pun
yang akan kekal abadi
semuanya akan kembali
berterbangan seperti mimpi
yang selebihnya
ketulusan dan keputihan
doa yang meredup

tanah lembap
yang kukepal ini
adalah juga
tanah diriku.

15 September 2011
Hutan Buluh

3 comments:

  1. Selepas membaca entri berikutnya, barulah saya faham sepenuhnya isi puisi isi. Indah tapi mengundang sebak.

    Al-Fatihah dan sekalung takziah

    ReplyDelete
  2. ...saya jadi teringat kepada batu2 di laman, di laman hutan buluh ya...al-Fatihah untuk sebutir bintang yang sudah gugur itu...

    ReplyDelete