Thursday, October 6, 2011

DI NEGERI BUAH PALA

Pada 28-29 September saya berada di negeri buah pala. Negeri yang dua kali saya menjadi penghuninya dalam jarak masa berbeza, 1988-1989 dan 2000-2003. Bila sampai di rumah Tamu (Halimi Mohd Noh dan Che Mat Jusoh) ambil saya dan kami ke Chowrasta. Sempat beli beberapa buah buku langka, antaranya "Pendakian" (Abbas bandung: 1966) dan "Pesta" (Abbas Bandung: 1964) dua kumpulan cerpan Hassan Ali. Sempat pekana roti telur di Tanjung. Malamnya pula menonton "Mahkamah Lorong" oleh Uni Petronas di Pelenggang Cahaya. Lepas itu pekena pula sup kambing cicah roti benggali di Pelita Nasi Kandar Sungai Dua.

Kali ini mengikuti Simposium Warisan Kebangsaan di Bilik Persidangan, C06, Pusat Pengajian Sains Kemasyaratan, Universiti Sains Malaysia. Saya diundang untuk sesi "Identiti Masyarakat dan Kelestarian Budaya" bersama Puan Janet Pillai (USM) dan Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (UMS). Sesi kami sepatunya di sebelah petang, tetapi kerana pembentang di sebelah pagi salah seorangnya telah jatuh sakit, maka ceramah saya dipindahkan ke sesi pagi.

Sesi pagi dimoderatorkan oleh Dr. Saidatulakmal Mohd dan panel lain yang bersama saya, Dr. Muhammad Ahmad (UUM). Ucapan saya terpaksa bermula dengan apologi kerana yang berada di hadapan saya puratanya sarjana; sama ada calon MA atau PhD, serta para pensyarah dari pelbagai universiti tanah air. Judulnya ceramah saya "Melestarikan Makyung". Ceramah saya mengundang Prof. Muhammad Hj. Salleh ikut memberi pandangan, Dr. Ismail Baba dan Dr. Jacqueline Liza Fernander bertanyakan soalan.

Mereka menjemput saya kerana buku "Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia" terbitan ITNM. Saya dihantar pulang ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dan bersama saya Tuan Haji Fauzi, seorang pensyarah dari UMK yang akan terbang balik ke Kelantan. Sekali lagi saya jelaskan kepada beliau, saya bukan sarjana. "Tak, demo dah sarjana. Demo patut balik ke UMK," ucap Haji Fauzi.

3 comments:

  1. Khalayak di dalam dewan itu pastinya para sarjana dan ilmuan hebat, dan tentunya yg berdiri tegak keseorangan di hadapan dewan itu pun hebat juga, kerana menjadi titik fokus beratus pasang mata lain...

    ReplyDelete
  2. LW,
    yang duduk di hadapannya, semua hebat..tetapi dia yang berdiri itu tiada lebih macam pak pacak atau wak long sahaja kalau dalam wayang kulit Kelantan.

    ReplyDelete
  3. Dalam wayang kulit Kelantan sekali pun, wak long ada kelasnya tersendiri, sebab itu ada orang nak tengok dan nak dengar apa dia kata...

    ReplyDelete