Wednesday, September 15, 2010

Teater Melayu ada masa depan ke?


Itu pertanya seorang pelajar MA kepada saya beberapa bulan yang lepas. Saya senyum dan sengih. Saya tak ada autoriti untuk menjawabnya. Tanyalah kepada aktivis dan tokoh teater macam Dinsman ke, Zakaria Ariffin ke, atau sapa-sapalah, jawab saya. Dan pagi ini saya mencari sesuatu di bawah meja, antara susunan surat khabar dan tindihan buku-buku. Terjumpa pula fail keratan ahkbar tentang teater yang saya simpan.

Johan Jaaffar menulis dalam kolumnya Di Luar Lingkaran - "Badan Budaya pemacu teater kita" (Berita Minggu 28 Oktober 2007). Tulis Johan: "Tidak banyak kumpulan drama yang dapat bertahan lama di negara ini. Malah salah satu ciri badan drama tempatan ialah kemunculannya secara bermusim. Selalunya sesebuah badan drama lahir kerana keperluan memasuki sesuatu pertandingan. Selepas itu kumpulan itu akan dibubarkan."

Kemudian terjumpa pula tulisan sahabat saya, Ku Seman Ku Hussain dalam kolum Getaran Seni - "Teater Melayu penuh oportunis" (Utusan Malaysia- 16 Ogos 2010). Saya petik penutup tulisannya: "Kalau kita meletakkan pelakon teater yang sebenarnya dan tidak mendapat sambutan maknanya kita tidak mempunyai khalayak yang memahami teater. Jadi, meletakkan artis popular adalah oportunisme kita sebenarnya. Lalu kita berbangga dengan penonton yang banyak padahal mereka hanya menonton artis bukan menonton teater."

Terjumpa pula sebuah katalog terbitan Pusat Dokumentasi Melayu DBP (2008) - "Dari Tamu di Bukit Kenny ke Hikayat Qaziq" yang memaparkan senarai pementasan teater oleh DBP sejak tahun 1967 hingga 2007 yang telah menampilkan 50 judul pementasan.
Pertanyaan "Teater Melayu ada masa depan ke?" masih bermain-main dalam fikiran saya. Dalam masa 100 tahun mendatang, bolehkah lahir seorang Shakespeare untuk teater Melayu? Saya tidak perlu menjawabnya.

5 comments:

  1. Berat nak menjawab soalan ni.

    Jawapannya dari aku, ADA!

    Tapi cerah, gelap atau mendung, itu kita tak tau.

    Terpulang pada generasi sekaranglah untuk mencorakkannya.

    ReplyDelete
  2. saya ambil tau quote dari tulisan ini. :)

    ReplyDelete
  3. Pegawai Khalwat,
    hang salah seorang yang kena pikul tanggungjawab tersebut.

    ReplyDelete
  4. Faz,
    ok.tq. Tapi tolong pastikan juga yang teater Melayu ada masa depan!

    ReplyDelete
  5. Sedang memikulnya.

    Terima kasih pada orang macam hang yang tak jemu bagi sokongan.

    ReplyDelete