MENJADI PENYAIR
Sesiapa pun berhak untuk menjadi penyair. Tulis sebaris dua sajak dan umumkan kepada khalayak ‘akulah penyair’. Maka penyairlah dia. Sebab untuk mendapat gelar penyair itu anda tidak memerlukan degree atau pengiktirafan tertentu seperti menjadi doktor, arkitek dan penguam. Apalagi kalau anda itu menteri yang masih mempunyai tampuk kuasa, anda boleh memanipulasi apa sahaja tentang puisi, apakah anda suka atau anda benci.
Datuk Syed Hamid Albar umpamanya pernah menjadi penyair apabila buku puisinya diterbitkan penerbit daun lontar, cuma sehingga kini belum ada sarjana copy dan paste menobatkannya secara bersungguh-sungguh sebagai penyair.
Menjadi penyair itu mudah. Dan sesiapa pun boleh menjadi penyair.!
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
NGO
Saya mula terlibat dengan persatuan dalam jarak masa yang agak lama. Selepas SPM, saya bersama beberapa teman menubuhkan Teater Saadong. Awal 20-an saya mula dilantik menjadi JK Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan menjadi Setiausaha Pertubuhan Angkatan Penyair Kelantan. Jadi saya tahu sangat dengan kerja-kerja sukarela ini. Ada yang masuk kerana ingin menjadikan persatuan sebagai batu loncatan ke dunia politik pilihan mereka. Ada yang masuk kerana dah pencen dan tak ada apa kerja lain yang ingin dibuat.
Saya sejak dahulu selalu jelas dengan pilihan saya. Saya masuk persatuan kerana ingin berkawan, dan jarang terfikir ingin makan kawan. Kalau saya rasa saya perlu meminta pandangan kawan-kawan, saya minta dan ada yang saya terima pakai dan ada yang saya tak terima. Dan kalau tidak ingin menerima sejak awal saya tidak akan meminta pendapat atau pandangan.
Sama juga dengan pemimpin persatuan yang ingin memimpin, menjadi dinasour dan tirax pada zamannya. Biarkanlah kerana hayat manusia secara relatifnya 63 tahun, kalau Allah swt memberikan usia bonus lebih daripada itu, bersyukurlah kepada-Nya dan perbanyaklah amal ibadat. Dan tempat yang paling aman tentunya rumah-Nya yang berada di segenap ceruk taman perumahan. Atau kalau masih ingin mengeram telur, eramlah meskipun telur-telur tembelang itu tidak akan menetas sehingga ke hujung nyawa.
Kita boleh melepaskan tanggungjawab di hadapan manusia, tetapi tanggungjawab di hadapan Allah swt, sebagai taklif akan terpikul selamanya. Kita boleh sahaja menjadi idealis untuk zamannya, tetapi idealis yang bercakap tanpa henti, dan tiada tindakan apa-apa, itu idealis tong sampah namanya. Kita boleh berdolah-dalih dengan menuding tangan ke sana dan ke sini dengan menyalahkan orang lain, tetapi kita tidak berbuat apa-apa – itu juga kelompok yang yang setaraf dengan idealis tong sampah.
Saya tidak menghormati secuil hujung kuku pun, jenis pemimpin NGO yang penakut (khususnya untuk pemimpin persatuan penulis) yang berdolah-dalih – sekali ingin bertanding dan sekali ingin terus memimpin. Iya kita negara demokrasi katakan! Demokrasi terpimpin. Ini jenis pemimpin yang tiada telur namanya. Nak bertanding, bertandinglah, tak nak bertanding dan nak duduk di masjid, duduklah. Atau kalau ingin memimpin sehingga 40 tahun atau 50 tahun, pimpinlah persatuan tersebut hingga ke hujung nyawa, berkat doa para malaikat! Tetapi, kalau tak pernah menulis apa-apa, setakat sarjana copy page dan menulis kertas kerja sehelai dua; berhentilah daripada membuat kerja yang sia-sia. Nescaya tuan-tuan akan diludahi oleh sejarah!
Rasulullah SAW melantik Usamah bin Zaid RA sewaktu berusia 17 tahun untuk memimpin armada tentera Islam berdepan dengan musuh dan membuka kota baru.

Tuesday, September 28, 2010
KUMBANG NYIUR KUMBANG BERTANDUK,
MAKAN UMBUT SAMPAI KE PUCUK;
ORANG BENGKENG SUKA MERAJUK,
DATANG SI BEBAL HENDAK MEMUJUK
Saya antara penulis yang jarang menghampakan permintaan orang. Nak temuramah melalui emel, melalui sms - biasanya saya layan. Tolong terbitkan karya, buatkan editing dan terbitkan manuskrip yang tersangkut dengan janji bayaran yang tidak saya terima. Itu pun hal yang biasa. Menemubual saya untuk tesis MA dan dijanjikan untuk diberikan salinan naskhahnya, tetapi setelah majlis konvo, sms dan emel saya tidak dijawab pun. Tak mengapakah, mahal nak fotocopi dan menjilidnya kulit keras. Teringat arwah SN S Othman Kelantan yang sering bercerita kepada saya, dia diganggu oleh student PhD hampir setiap malam kerana menulis tesisnya, apabila tesis siap dimintalah salinannya. Jawap si calon PhD itu 'Maaf, tebal dan mahal nak jilid dan fotostat.' Menelefon untuk menulis tesis tentang karya saya, tetapi sebut nama saya pun salah dan buku saya tidak pernah sebuah pun dibaca. Minta profile saya dan syarikat saya. MasyaAllah, mana saya ada syarikat! Dan ada banyak rentetan peristiwa dalam hidup ini, yang semua itu menjadi asam garam yang harus saya lalui.
Saya mula menyiarkan karya sewaktu berusia 16 tahun. Memang saya tidak dikenal sebagai penyair pun, walaupun ada 8 tesis BA, 6 tesis MA dan 2 tesis PhD yang mengkaji puisi-puisi saya. Saya telah lama belajar untuk tidak membanggakan diri, bahkan saya semakin menganggap saya hanya debu angin yang melekat seketika di daun-daun sebelum embun dan hujan turun menghilangkannya.
Apabila buku-buku yang saya sayang dipinjamkan, tanpa dipulangkan itu pun saya tak berasakan apa-apa. Sealmari buku saya pernah dibaca anai-anai dan beberapa koleksi lukisan kesayangan juga. Saya belajar dari memoir Ajip Rosidi, anggaplah itu semuanya seperti pinggan mangkuk yang kita beli di kedai, kapan sumbing dan pecahnya terpulanglah pada waktu.
Dalam arus waktu yang tersisa ini tentunya memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang sengaja mahupun tidak disengaja itulah yang lebih afdal. Memohon kehalalan makan dan minum daripada teman-teman jauh dan dekat, itulah yang lebih menginsafkan. Dan sekiranya ada hutang piutang, sedikit mahupun banyak yang terlupakan; khabarkanlah supaya urusan dunia ini dapat diselesaikan di alam yang fana ini. Selebihnya perjalanan hidup ini harus diteruskan sehingga ke titik akhir.
Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.

Monday, September 27, 2010
APABILA SESUATU YANG BURUK DINILAI SEBAGAI BAIK
Apakah yang akan terjadi apabila sesuatu yang buruk dinilai sebagai baik. Baik amat!Tetapi kata orang, baik dan buruk itu adalah subjektif, mengikuti kaca mata sesiapa yang melihatnya. Datuk Hassan Ahmad semalam menulis "Apa itu 'kuasa Melayu'" di MM. Tulisan itu wajib dibaca oleh rakyat Malaysia yang berasakan dirinya Melayu. Kalau tak rasa Melayu tak payah baca. Nanti membuang masa anda.
Kepercayaan saya kepada akhbar Melayu telah lama hilang. Tak mengapalah kerana prinsip surat khabar memang begitu, berita yang buruk itu adalah yang terbaik, dan berita baik itu adalah yang buruk dan tak wajar disiarkan. Itulah menjadikan surat khabar di Malaysia, macam tak patut dibaca. Kita macam tak tahu nak baca apa. Sastera dan Budaya sudah tidak tidak lagi berbudaya dengan tulisan wartawan budak-budak sekolah yang melaporkan sesuka hatinya. Entah berita apa-apa yang ditulis dan diterbitkan pula. Teater setaraf sampah diberikan liputan seolah-olah tak ada cacat celanya. Karya kreatif? Malas nak tulis. Ada suara generasi tertentu mewakili kelompok tertentu yang kononnnya penulis, tetapi hakikatnya pemusnah masa depan sastera Malaysia. Ini barah yang paling ajaib sedang meresap. Yang tidak penting itu penting dan yang penting itu tidak penting. Perbanyaklah lagi cerita-cerita rogol, keruntuhan akhlak, buang bayi dan yang buruk-buruk dan sadis kerana orang Malaysia ini gamaknya suka sangat untuk melahap berita-berita sedemikian.
Itulah nampaknya yang sedang terjadi dan terus terjadi.
Hanya orang-orang yang tidak berfikir dan merenung kembali dirinya yang akan bersikap dengan sikap yang sedemikian. Fungsi akal dan otak yang diberikan oleh Allah swt telah gagal digunakannya sebaik mungkin.
Dan kesianlah kita kepada makhluk yang jenis ini.

Friday, September 24, 2010
BUKAN SARJANA
Saya selalu sebutkan, saya bukan sarjana. (SM Zakir menyebutnya sebagai sarjan saja). Kerana saya bukan sarjana, tak usahlah mengundang saya untuk menulis kertas kerja apa-apa. Apalagi kertas kerja yang muluk-muluk; sama ada kertas itu akan dibentangkan atau sebagai kertas kerja iringan. Saya sebenarnya tidak berbakat untuk itu. Usahlah ingin mengcungkil bakat saya yang sedia tidak berbakat ini untuk itu. Jadi saya memohon maaf dan mengundurkan diri, lalu kemudiannya menguzurkan diri daripada segala aktiviti sedemikian.

Friday, September 17, 2010
Novel Itu Hanyalah Sebuah Novel
Selepas selesai siri Amageddon (Mandala; Menorah; dan Pentagon karya Arena Wati), Mantera Penjinak Ular- Kuntowijoyo, saya belum membaca novel. Ada setimbun yang telah terbeli tetapi belum membacanya. Daun karya Malim Ghozali PK belum baca, Hikayat Kampung Mati karya Nurhalim Zaini, Arena Wati (Busa Hati,; Busa Sukma; dan Busa Kalbu), Cakera Waruga, Azizi Hj Abdullah - Beruk, Muslim Burmat -Permainan Laut, Siti Zainon- Delima Ranting Senja, N. Riantiarno - Cermin Bening dan Cermin Merah, M. Shoim Anwar - Perempuan Terakhir, Suparto Brata - Mencari Sarang Angin dan Kerajaan Raminen, Maxim Gorky - Pecundang, dan ada banyak lagi rupa-rupanya yang beli dan tak baca.
Mungkin terdekat saya akan baca Lolita karya Nobokov, yang lain-lain tangguh dulu.
Ada orang baca novel, selesai membaca telefon saya marah-marah kenapa novel itu begitu sudahnya; tak ada ilmu, tak ada pengajaran, lucah dengan gambaran erotik yang melampau-lampau. Tetapi seronok membacanya, bahasanya ok, tekniknya memikat sekali, dan bila pegang macam tak ingin melepasnya, harus baca sampai habis. Setelah habis, ulang baca lagi.
"Kenapa membacanya? Kalau tak ada ilmu dan tak bagus jangan baca. Kau baca kitab, baca buku ilmu. Baca Quran dan Hadis lagi dapat pahala."
"Aku nak kan pengajaran."
"Nak pengajaran jangan baca novel, pergi kuliah agama. Selesai baca novel, kau anggaplah "Novel itu Hanyalah Sebuah Novel." Dan itu juga judul novel yang sedang aku tulis!

Wednesday, September 15, 2010
Teater Melayu ada masa depan ke?
Itu pertanya seorang pelajar MA kepada saya beberapa bulan yang lepas. Saya senyum dan sengih. Saya tak ada autoriti untuk menjawabnya. Tanyalah kepada aktivis dan tokoh teater macam Dinsman ke, Zakaria Ariffin ke, atau sapa-sapalah, jawab saya. Dan pagi ini saya mencari sesuatu di bawah meja, antara susunan surat khabar dan tindihan buku-buku. Terjumpa pula fail keratan ahkbar tentang teater yang saya simpan.
Johan Jaaffar menulis dalam kolumnya Di Luar Lingkaran - "Badan Budaya pemacu teater kita" (Berita Minggu 28 Oktober 2007). Tulis Johan: "Tidak banyak kumpulan drama yang dapat bertahan lama di negara ini. Malah salah satu ciri badan drama tempatan ialah kemunculannya secara bermusim. Selalunya sesebuah badan drama lahir kerana keperluan memasuki sesuatu pertandingan. Selepas itu kumpulan itu akan dibubarkan."
Kemudian terjumpa pula tulisan sahabat saya, Ku Seman Ku Hussain dalam kolum Getaran Seni - "Teater Melayu penuh oportunis" (Utusan Malaysia- 16 Ogos 2010). Saya petik penutup tulisannya: "Kalau kita meletakkan pelakon teater yang sebenarnya dan tidak mendapat sambutan maknanya kita tidak mempunyai khalayak yang memahami teater. Jadi, meletakkan artis popular adalah oportunisme kita sebenarnya. Lalu kita berbangga dengan penonton yang banyak padahal mereka hanya menonton artis bukan menonton teater."
Terjumpa pula sebuah katalog terbitan Pusat Dokumentasi Melayu DBP (2008) - "Dari Tamu di Bukit Kenny ke Hikayat Qaziq" yang memaparkan senarai pementasan teater oleh DBP sejak tahun 1967 hingga 2007 yang telah menampilkan 50 judul pementasan.
Pertanyaan "Teater Melayu ada masa depan ke?" masih bermain-main dalam fikiran saya. Dalam masa 100 tahun mendatang, bolehkah lahir seorang Shakespeare untuk teater Melayu? Saya tidak perlu menjawabnya.
Tuesday, September 14, 2010
Ke Madrasah Diniah Ahmadiah
Dijanjikan oleh seorang teman untuk menemui seorang ulama di Hulu Langat sejak lama, tetapi belum ada kesepakatan antara kami. Selepas berbuka malam tadi saya menelefonnya, dan dia lantas memberitahu akan ke sana. Saya akan mengambilnya di Ampang Jaya untuk ke Batu 10 Hulu Langit. Kami pun berangkat ke sana dari Ampang meredahi malam. Dan al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zakaria Awang, Mudir Madrasah Diniah Ahmadiah sedang menunggu kami. Dibawanya kami ke kawasan pondok, asrama dan dewan kuliah. Dari madrasah tersebut kami dibawa ke Kg. Simpang Balak untuk menunjukkan satu lagi madrasahnya yang dikhususkan untuk melatih para tahfiz yang sedang dalam pembinaan. Pagar batu, bangunan utama dan asrama sedang dalam proses pembinaan dengan keluasan tanah seluas 2 ekar. Sehingga kini telah RM1 juta digunakan untuk membangunkan madrasah tersebut di atas tanah wakaf.
Ustaz Zakaria Awang al-Ahmadiah berasal dari Besut, Terengganu. Menerima pendidikan agamanya di Pondok Terusan, Pasir Tumbuh di bawah didikan Tuan Guru Haji Abu Aziz dan Tuan Guru Haji Mustafa. Seterusnya ke Pondok Gaal Pasir Puteh dan Pondok Amir di bawah Tuan Guru Haji Hussin. Dalam masa yang sama beliau berulang ke Bukit Abal dan menerima ijazah amalan tarekat Ahmadiah di bawah asuhan Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.
Sejak 19 tahun yang lalu beliau memulakan sekolah pondoknya di Simpang Balak dengan menyewa tanah di situ, di samping memberikan kuliah mingguan dan bulanannya di AU4 Keramat, Taman Permata, Surau DBKL dan di pelbagai tempat di KL dan Selangor. Beliau juga mengumpulkan dana untuk membina beberapa masjid di Kemboja dan di Selatan Thailand.
Beliau mengajak kami minum, dan kesempatan itu saya gunakan untuk bertanya banyak hal tentang pendidikan agama yang dipeloporinya. Sebelum pulang, al-fadhil menghadiahkan kami buku kecil "Doa Satih" atau dikenali juga sebagai "Senjata Fakir" yang diterimanya daripada Baba Mid Celigi, Pasir Puteh serta amalan zikir "Ya Qawiy Ya Matiin".
"Kalau kelapangan jemputlah datang setiap Rabu malam Khamis kami mengadakan majlis zikir Tarekat Ahmadiah di madrasah kami." Pelawa beliau kepada saya.
Monday, September 13, 2010
Aidil Fitri
Aidil Fitri 1431- hari raya pertama tanpa ayah. Hari raya, di mana-mana pun sama. Tak ada nostalgia apa-apa pun. Semuanya telah terbunuh agaknya. Tetapi anak-anak seronok sangat (termasuk isteri). Meraikan 'seronok' mereka maka terpaksalah balik juga. Walaupun cuti saya hanya cuti hari raya. Saya tak suka balik musim raya sebab jalannya sesak, setiap simpang dan jalan kampung penuh dengan kenderaan. Bayangkan sebuah rumah ada enam ke sepuluh buah kereta. Kerana saya selalu balik saban bulan, dan saya tak berapa sangat untuk berebut balik. Alhamdulillah perjalanan balik saya 6.30 jam sahaja dari KL ke kampung kami, tak ada satu pun kemalangan di kiri dan kanan jalan. Masa balik KL semula pagi semalam pun sama, cuma sesekali terpaksa mengekor pemandu yang memandu seolah-olah dia seoarang sahaja yang bayar road tax dan memandu itu satu aktiviti bersantai-santai, macam memandu di atas batas tali air kat Kedah dan Perlis. Anak-anak saya masih belum puas beraya dan saya tinggalkan untuk mereka beraya dengan nenek mereka dan sanak keluarga di sana.
Dalam perjalanan balik petang semalam, saya menerima dua sms daripada syeikh kami:
"Wahai saudaraku yang sedang berjalan menuju kepada Allah! Pada hari raya ini janganlah kalian lalai bersama orang-orang yang lalai dan leka bersama orang-orang yang leka. Ingatlah kadangkala di dalam ibadah yang kita lakukan seperti mengerat silaturahim, ziarah menziarahi, menghadiri rumah terbuka dan dan sebagainya terselit di dalamnya maksiat dan syahwat tersembunyi yang tidak kita sedari. Ingatlah hakikat hari raya di sisi para salik ialah wusul kepada mahabbah Sayyid al Rasul dan Makrifah Allah Qadhi al Hawaij waal Ma'mul."
Manakala sms kedua: "Para ikhwan yang dikasihi! Di dalam Islam 'Idul Fitri hanya 1 hari sahaja iaitu 1 Syawal. Ia dikenali sebagai 'Id al Saghir (kecil). 'Idul Adha pula selama 4 hari mula dari 10 Zulhijjah hingga 3 hari berikutnya yang dikenali dengan hari Tasriq. Ia adalah 'Idul Akbar (besar). Oleh itu janganlah kalian menganggap selain hari tersebut sebagai hari Raya kerana ia adalah perkara bida'h di dalam Islam. Ketahuilah bahawa Rasulullah saw tidak pernah merayakan hari-hari yan lain bahkan Rasulullah saw pernah memimpin bala tentera memerangi musuh pada bulan Syawal iaitu Peperangan Hunain. Sedarlah bahawa adat melampau dalam beraya disebabkan roh jihad telah tercabut dari hati umat Muhammad dan kecintaan terhadap dunia dan makhluk telah bertakhta di dalam hati."
Malam tadi bersahur sendirian. Sunyi sepi dan anehnya hidup ini. Allah swt yang Maha Sempurna dan telah menciptakan kehidupan.

Wednesday, September 8, 2010
HUJAN KENANGAN
kenangan
tak pernah terpadam,
ia selalu hadir mengalir
dengan sayup yang jauh
dan debur yang dekat.
buku catatan kenanganku
memang tidak tercatatkan
tetapi setiap kata,
dan patah suara
sentiasa terakam.
saat puitisnya
mengikut jejak dan tapak
di belakangmu dalam renyai hujan
tiada serasa ada
dan ada serasa tiada -
hanya mataku
yang membasah.
RZ-8.9.10
kenangan
tak pernah terpadam,
ia selalu hadir mengalir
dengan sayup yang jauh
dan debur yang dekat.
buku catatan kenanganku
memang tidak tercatatkan
tetapi setiap kata,
dan patah suara
sentiasa terakam.
saat puitisnya
mengikut jejak dan tapak
di belakangmu dalam renyai hujan
tiada serasa ada
dan ada serasa tiada -
hanya mataku
yang membasah.
RZ-8.9.10
Tuesday, September 7, 2010
PENYAIR MELAYU-THAI MENANG SEA WRITE
Zakariya Amatya merupakan penyair Melayu-Thai pertama yang diumumkan sebagai penerima SEA Write bagi negara Thailand bagi tahun 2010. Satu anugerah yang dianggap berprestij, begitulah sebagaimaan yang diberitakan oleh al fadhil Ustaz Abdul Razak Panaemalae. Zakariya berasal dari Pattani, tetapi menetap di Bangkok. Oleh orang tuanya, beliau dikirim ke Lucknow untuk mendalami pengajian Islam, kelak bila kembali ke tanah air, dia akan memanggung gelar title 'ustaz'. Tetapi Zakariya tidak pulang sebagai ustaz, sebaliknya dia kembali 'seniman jalanan'.
Anugerah SEA Write dijangka akan disampaikan pada bulan Oktober ini, dan pada bulan yang sama Zakariya akan berangkat ke Paris untuk menyampaikan puisi-puisinya kepada khalayak di sana. Kemenangan Zakariya menjadikan satu sejarah -kerana buat pertama kalinya bentuk sajak menang untuk kategori puisi. Lazimnya di Thailand yang dipilih sebagai pemenang adalah kategori ini dikenali sebagai klong (sejenis syair Thai). Dengan kemenangan ini, Zakariya telah berjaya menempa namanya dalam genre sajak. Kumpulan puisi Zakariya tersebut berjudul "Mai Mi Ying Sau Nai Bot Kawi" (Tak Ada Gadis Dalam Puisi)
Pada bulan November 2009 yang lalu, Zakariya Amatya pernah hadir untuk Festival Penyair Nusantara III di Kuala Lumpur dan membacakan puisi-puisinya dengan gaya yang tersendiri. Tahniah untuk Zakariya Amatya dengan kemenangan tersebut. Moga-moga dalam waktu terdekat Abdul Razak Panemalae akan mengalih aksaranya ke bahasa Melayu.

Thursday, September 2, 2010
Susahnya Mengurus Manusia
(Siri selepas terawih)
Seorang teman mengadu betapa susahnya mengurus manusia. Lebih susah mengurus manusia daripada mengurus sekandang babi.
"Sewaktu di kampung kat Kelantan, aku sering ke Kg Terbak dekat Tumpat atau Kg. Aril dekat Pauh Lima semata-mata kerana ingin melihat anak-anak babi keluar petang melintas jalan. Jalan berderet-deret, cantik tengok...Babi tu retinya sondol umbi pisang, perdu lengkuas kerana nak makan cacing...tapi manusia ni banyak yang jenis celaka laknat lebih daripada babi ni...Kau bayangkan bunuh bini, sembelih anak, rogol adik-beradik. Ini jenis yang lebih babi daripada babi." Dia menyedut teh tariknya.
"Marah nampak!" saya mengusiknya.
"Ini manusia yang bukan manusia. Ini jelmaan setan, jelmaan dajal. Surat khabar yang aku baca pun macam sial setiap hari. Berita-berita sial dan dajal semuanya."
"Sebab itu, agama penting untuk memandu manusia. Tanpa agama, manusia boleh bertukar menjadi setan."
"Jadi yang jahat-jahat, yang bantai duit rakyat, yang memecah-belahkan kesatuan rakyat, yang makan rasuah, yang pemalas, yang tak solat, yang tak puasa itu semua setanlah?" tanya dia.
"Tuan boleh berfikir dengan waras, tuan pun tahu apa yang tuan nampak...kan?"
"Yang jahat dan buang bayi tu semua macam Melayu dan Islam je?" soal dia.
"Kejahatan itu ada dalam bangsa apa pun. Tanpa nur hidayah, tanpa kenal dirinya, selama itulah dia berada dalam kegelapan. Islam mungkin hanya warisan baka sahaja, tetapi amalannya tidak."
Kawan saya itu sebenarnya belum beragama dan sedang ingin mendalami Islam.