Teater Melayu dan Prof. Tune Brulin
Tengah hari semalam, Prof. Tune Brulin, isterinya Fauziah dan anak saudara Fauziah mengunjungi saya. Prof. Tune Brulin yang berasal dari Belgium ini pernah menjadi pensyarah teater di Universiti Sains Malaysia sekitar tahun 70-an, dan teater "Naga-Naga Siapa Kau, Naga-Naga Di Mana Kau" pernah menggegarkan teater Malaysia. Biodata beliau boleh dibaca di Wikipedia. Dalam usia emasnya, dia masih gigih berteater. Dan dia telah menyumbangkan sesuatu yang bermakna untuk teater Melayu. Dan akhir tahun lepas dia telah menyerahkan skripnya "Roh Anai-Anai" untuk kami terbitkan. Skrip tersebut pernah dipentaskan oleh para pelajar UiTM di Lambang Sari. Memandangkan skrip tersebut agak panjang, ia beberapa kali tertangguh. Dan insyaAllah skrip yang dituliskan oleh tokoh teater berada dalam senarai tokoh teater dunia ini akan kami terbitkan.
No comments:
Post a Comment