Friday, October 9, 2009

MASA SILAM

Foto pertama dirakam pada tahun 1977, sekitar 32 tahun yang lalu. Saya ketika itu berada di Darjah 3 di Sek. Keb. Becah Keranji. Guru Besar saya, Allahyarham Tuan Haji Mohamad b Salleh (al-fatihah), sepupu nenek saya dan menjadi datuk sepupu saya. Guru kelas saya Cikgu Zaharah bt Isa. Alhamdulillah saya ingat semua nama kawan sekelas saya. Yang perempuan dari kiri ke kanan Salmiah Haji Saud, Hasbi Zahari, Rashidah Che Soh, Natrah Awang, Salwani M Zain, Nairah Mohd Zain, Thahirah Abdullah, Natrah Abu Bakar, Rohani Idris, Fauziah Samad, Siti Nor Abd Rahman, Zainab, Siti Norbayah dan Masitah (Allahyarhamah).

Yang lelaki dari kiri ke kanan – Shaari Ismail, Adnan Ismail, Awang Pi Abd. Rahman, Zuraidee Wahad, Ismail Abdullah, Ramli Sulaiman, Osman Abd. Razak (terakhir menelefon saya dari Miri, Sarawak seorang jurutera), Marzuki Yusoff, Zamri Zakaria (allahyarham dan dua pupu saya), Ariffin Idris (bapa dua pupu saya), saya, Che Zulkiflee (allahyarham), Zamzuri Zakaria, Shukri, Tengku (pelajar baru), Wan Ahmad dan Mohd Zain Mohd Ali.

Foto kedua dirakam pada tahun 1984, sekitar 25 tahun yang lalu. Ketika itu saya berada di Tingkatan 4A1 Sek. Men. Melor. Guru Kelas kami, Tuan Haji Abd Halim b Jusoh. Kali ini, saya gagal mengingati semua nama kerana kami dari sekolah dan kelas ayng berbeza sebelumnya. Saya sebutkan yang saya ingat. Baris depan – Norhasimah Ismail, Norasyikin Ilias, Juliati Mohd Nor, Nairah Mohd Zain (sekelas sejak darjah satu), Che Anizah (pernah terserempak di Jasco Wangsa Maju, tapi dia tak lagi kenali saya), Karimah, (lupa), Nasimah Daud dan (lupa). Baris tengah Kamal (kontrakter), Habdi, Aminah, Suriani, Sabrina, Norziha (dua pupu ibu saya), Rahinah, Zarinah Md. Jali (dua pupu ibu saya), Alwani, Aina Mazid Ismail, Ruslan dan Rosilan. Baris belakang –saya, Badrul, Nawawi Daud (terserempak di Kuching 10 tahun lepas),(lupa), Rahazwi, Nazim, Riduan, Rusdi Mahmud (Allahyarham), Abd. Razak Yusoff (Allahyarham- dua pupu ibu saya).

2 comments:

  1. tahniah..ingat nama kawan lama. cuma agak musykil..yang banyak diingati ialah perempuan. yang lelakinya sikit itu pun sepupu dua pupu tiga pupu. itu tandanya tuan masih normal dan berhak menjadi orang muda lagi.

    ReplyDelete
  2. Tuan, kawan-kawan sentiasa di hati.

    ReplyDelete