Thursday, September 3, 2009

Balik Kampung

Walaupun jaraknya melebihi 430km, saya selalunya meluangkan hujung minggu setiap bulan untuk balik ke kampung. Paling kerapnya 2 minggu sekali menjenguk ayah bonda. Atau pun paling tidak panggil telefon selang beberapa hari. Ramadan ini pun dah balik empat malam. Diam-diam tinggal di rumah, bukan kerana tak bawa kereta, tetapi kerana memang ingin duduk di rumah. Dua bulan terakhir ini, saya dah empat kali balik, tetapi sekalipun tak pergi ke Kota Bharu. Apabila berbuka maghribnya, terhidanglah kerabu beko dan sambal mencupu yang mengalahkan seluruh lauk pauk yang lain. Nekbat, buah tanjung, jala emas dan tahi itek yang manisnya mengalahkan gula itu saya pandang sahaja. Tetapi semalam terbeli juga buah tanjung dan jala emas di Pasar Keramat, tetapi tak seorang pun anak saya berminat dengan kuih nenek moyangnya itu. Lorong ke rumah saya semakin sunyi, lalang dan pokok-pokok telah tumbuh di kiri kanannya.










Hikayat Panglima Nikosa (The Story of Panglima Nikosa)

Novel karya Ahmad Shawal Abdul Hamid ini dianggap oleh beberapa sarjana sebagai novel Melayu terawal di Malaysia, mendahului Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi dan juga Iakah Salmah oleh Ahmad Rashid Talu. Terbitan pertamanya pada tahun 1876. Lama juga saya mengambil masa untuk mendapatkan novel ini. Pernah meminta pertolongan seseorang yang pernah bekerja di sana, tetapi jawapannya kurang memuaskan saya. Dan selepas itu saya tidak pernah meminta apa-apa pertolongannya lagi. Bagusnya selepas peristiwa itu, saya akan pinjamkan apa-apa sahaja buku yang saya sayangi atau berikan terus buku-buku yang ingin dipinjamkan oleh kawan-kawan saya. Saya ke Kuching, dan dengan pertolongan dan ehsan karib saya, Sdr. Yusof Fansuri terjumpalah buku ini di sebuah kedai buku lama. Dan yang ada hanya sebuah itulah. Buku ini terbitan Persatuan Kesusasteraan Sarawak, tahun 1983.



4 comments:

  1. macam mana nak dapat buku ni sekarang?

    ReplyDelete
  2. Ekspresi,
    jom kita pergi cari kat Kucing!

    ReplyDelete
  3. jika secebis bahagia itu ada pada wajah anak2, maka mak ayah akan dapati kebahagiaan itu bila melihat wajah kita anak2nya. begitu sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. sebuah syahdu adalah rahsia
    yang memahaminya hanya
    sekuntum rasa
    segugus iman.

    ReplyDelete