Wednesday, May 20, 2009

Kebencian

Jiran saya menemui dan menceritakan kebencian anak-anak kepada dirinya. Dia meminta nasihat daripada saya. Saya katakan, saya tidak layak untuk memberikan nasihat kepadanya kerana dia lebih berusia, lebih dahulu dan lebih banyak makan garam berbanding saya. “Susah untuk merubah kebencian yang sudah membiak dan akan menjadi barah. Uncle sendirilah yang sebenarnya telah menciptakan kebencian itu.” Kata saya. “Sebabnya?”. “Uncle tamak dan haloba. Uncle ciptakan jurang antara anak sendiri dengan anak pungut uncle. Uncle jaga hati anak pungut melebihi anak sendiri. Uncle jahanamkan identiti anak-anak uncle. Kat rumah pun uncle tak bercakap bahasa MELAYU dengan anak-anak kan? Uncle memang bahlol!” saya tutup pintu pagar rumah saya.

8 comments:

  1. Tuan syeikh,
    sepatutnya ditambah lagi kemarahan tuan syeikh dengan perkataan tolol, dayus ataupun bodohsana-bodohsini. Begitulah secebis keruntuhan 1Malaysia yang bermula di rumah kemudian ke semangat kejiranan seterusnya ke sebauh negara.
    Tinggi sinis tuan syeikh ni rupanya.

    ReplyDelete
  2. Sdr R dan Tuan al Johori

    sedihnya dengar bahasa bahasa kasar ni! tersentak!

    ReplyDelete
  3. Sheikh, jangan la marah-marah. Memang orang bodoh disebabkan oleh tindakan/tingkah laku bodohnya sendiri, bukan disebabkan persepsi atau pandangan orang terhadapnya.

    ReplyDelete
  4. Memanglah, sesuatu yang paling sukar ialah utuk mengerti.

    ReplyDelete
  5. Salam dr Kuantan!
    dah lama tak bersua tapi selalu juga mengikuti perkembangan karier saudara melalui media dan sahabat-sahabat lama.dah lama juga tak membaca hasil-hasil nukilan saudara dan sekarang terasa rindu untuk mambaca. moga terus berkarya, berjaya dan berbahagia di dalam hidup!

    ReplyDelete
  6. Saya pula makin mencintai bidang bahasa Melayuku dan bidang sastera warisan bangsa yang makin kuakrabi dan ingin mengikut jejakmu pejuang bahasa kalian yang amat kuhormati sepenuh jiwa.

    ReplyDelete
  7. Mungkin boleh didendangkan gurindam atau nazam yang intipatinya - beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

    ReplyDelete
  8. salam.
    maaf mencelah. saya mengagumi tuan dan rasanya tindakan tuan mungkin betol.
    tapi haruskah suatu luahan penyesalan jiran itu disambut dengan sikap berkecuali dan rasa bersalahnya dihukum dengan tindakan tuan. tidakkah luahan itu tanda dia ingin berubah ke arah kebaikan. sambutlah tangannya, mengertilah dia, pimpinlah dia... maaf jika kata-kata saya ingin tidak disukai tuan. maaf seribu kali.

    ReplyDelete