Friday, February 6, 2009

Collector

Collector itu dihubungkan dengan pemilik koleksi barangan tertentu. Biasanya yang berharga, yang aneh-aneh dan yang antik-antik. Di Malaysia, collector karya seni dianggap sebagai orang elit. Hanya orang elit yang memiliki kekayaan yang mampu membeli karya-karya seni yang mahal. Di Malaysia pun ramai collector karya seni. Umpamanya pameran ‘Koleksi Saya’ Rahime Harun sedang berlangsung di BSLN. Dalam kalangan collector, berebut-rebut untuk memiliki karya terbaik dari seniman pilihan mereka. Paling sukar untuk menentukan siapakah collector terbaik selagi keseluruhan karya yang berada dalam koleksinya itu diketahui oleh pengkritik seni dan khalayak seni. Mana tahu collector yang tidak dikenali tiba-tiba dalam simpanannya terselit beberapa karya terbaik oleh pelukis terbaik negaranya. Di Inodnesia, koleksi bekas Presiden Sukarno itu lebih banyak daripada koleksi BSLN. Bahkan koleksi Sasterawan Pak Ajip Rosidi dianggap antara yang terbaik di Indonesia. Jadi, tak hairanlah kita kalau collector yang dianggap hebat dan mengumpul lebih 30 karya seseorang pelukis, tetapi tidak memiliki karya pelukis-pelukis terbaik Malaysia seperti Latiff Mohidin, Ibrahim Hussain dan Syed Ahmad Jamal itu sebagai koleksi terbaik? Sahabat saya, Nur Hanim, tolong jawab!

2 comments:

  1. Soalan yang kronik ya sdr rahimidin..tapi bagi saya, label 'kolektor baik' itu boleh jadi milik sesiapa saja yang ada berahi dan usaha untuk menghimpun karya seni (walaupun tak memiliki karya-karya agung) Cuma yang tak baiknya jika kolektor itu pukul canang bahawa koleksi dia yang terbaik!

    ReplyDelete
  2. salam,
    terima kasih dan saya setuju sekali dengan pandangan puan guru besar.

    ReplyDelete