Buku
Saya memandu, dan membayar tol sebanyak RM49.80 dan tangki minyak diisi sebanyak RM60.00 untuk membeli sebuah buku yang berharga RM200.00. Beberapa hari sebelum ke sana, saya telefon, juru cakap memaklumkan harganya RM100.00 sahaja. Saya beli dua buah, sebuahnya kerana pesanan seorang sahabat saya. Buku dalam bahasa Inggeris itu setebal 244/245. Saya baca 40 minit dan selesailah.(Walaupun tidak pernah sehari ke sekolah jenis kebangsaan dan tidak dibesarkan di Damansara atau PJ!). Bukunya cantik, dan lay out juga bagus. Kertas kualiti dengan jilid kulit keras, tetapi isinya… Kebetulan bidang yang ditulis itu bidang yang saya tekuninya selama 7 tahun. Apalagi muntahlah saya. “Anak, kalau lain kali nak tulis buku tentang bidang itu, jumpalah pak cik ni, ya!”.
Gatal Tangan
Lebih sepuluh tahun dulu saya menulis esei pendek di sebuah akhbar arus perdana tentang buku tebal yang isinya nipis. Entahlah tangan gatal sangat barangkali ketika itu. Apalagi, saya tidak ditegur oleh penulis tersebut sehingga ke hari ini, walau pun saya tidak menyebut namanya dan judul bukunya. Sensitifnya dia, dalam hati saya. Beberapa minggu lalu, pengarah Mior Hashim Manap membawa dua jilid adaptasi drama tv untuk 40 episod dari buku tebal tersebut. Dia beria-ria benar minta saya bacakan. Saya tersenyum menerima dua jilid tebal manuskrip yang diserahkan Mior kepada saya. Sampai hari ini saya masih terdiam.
Keldai
Keldai mengingatkan saya kepada banyak cerita Timur Tengah. Luqman Hakim dan anaknya. Nasruddin Hoja dan lain-lain kisah. Satu hari seorang kawan bercerita tentang bukunya yang banyak bertimbun sehinggakan dalam almari pakaian, peti ais dan bawah katil dipenuhi buku. Saya bertanya, “Berapa buah yang sudah you baca?” Jawapnya, “Baru beberapa buah.” Saya tanya lagi, “Apa yang kau dapat daripada buku-buku itu?”. Dia diam. Saya merenung ke dalam matanya. “Anak, jangan jadi keldai yang memikul kitab di tengah-tengah gurun pasir tetapi berotak kosong. Anak balik ke rumah dan bacalah buku-buku itu, kemudian datanglah jumpa pak cik semula!”
be, pentas dah siap cetak? Apa jenih puaka yang ada di ib sampai deadline penerbitan pun boleh langgar.
ReplyDeletedik, dalam apa pun keadaan kesabaran adalah ungkapan yang paling penting dalam hidup ini. huk.huk.
ReplyDeleteRahimidin,
ReplyDeleteSatu hari saya bertemu dengan seorang lelaki. Katanya bawa lori. Ooo. Angkut apa? Katanya, sudah berbelas tahun bawa akhbar dari kilang ke kedai pemborong. Secara kebetulan kami bercakap tentang PPSMI yang heboh sekarang ini. Apa bendanya tu? Soalnya.
Kekanda yang Melihat Kesunyataan,
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah.
Namun, pada pendapat 'ana' - keldai dan pemandu lori tersebut lebih mulia daripada sejenis manusia yang hanya tahu menjulung keris, tapi, mengkhianati bahasa dan bangsanya. Juga sesetengah politikus yang...wallahhu a'lam.
ReplyDeleteLut,
ReplyDeletesemoga semua pengkhianat bangsa dan bahasa segera bertaubat. kalau tidak kita sama-samalah berdoa biarlah para pengkhianat itu dilaknati Allah SWT jua.