Buatlah apa yang ingin engkau buatkan kerana pilihan dan pertimbangan itu berada di dalam dirimu.
Engkau tak perlukan sebarang nasihat, perbincangan, teguran dan pandangan kerana segala nasihat, teguran dan pandangan tidak pernah engkau pedulikan.
Sekian lama aku bercakap dan berhujah, manakala engkau pula menjadi pendengar setia; kisahnya berjela sehingga aku terlupa siapakah engkau sebenarnya. Seseorang yang tidak pernah kukenal, kecuali tiba-tiba muncul di dalam mimpi. Seperti sudah bertahun-tahun tidurku tanpa mimpi, dan aku semakin sukar percaya bahawa mimpi; misteri di dalam tidur dan jaga; di manakah sebenarnya aku berada?
Di negeri tempat dirinya berkuasa, sang pengkhianat akan selamanya mengibarkan bendera kemenangan, tetapi ingatlah bahawa kehidupan adalah siklus yang akan berakhir pada titik kematian. Pengkhianat, kalau tidak dihukum oleh bangsanya, dia tetap akan diadili di mahsyar Allah, dan dua malaikat di kanan dan kininya terus mencatatkan tanpa terlupa sesaat pun. Mahkamah dunia boleh menjatuhkan hukuman mengikut akal dan pertimbangan. Bersalah atau tidak bersalah boleh diciptakan. Alibi boleh dibawa dan hujah boleh dicipta dengan fakta dan akal.
Cuma pesanku yang terakhir engkau jadilah dirimu sendiri dan jangan sekali-kali berhasrat untuk menjadi diri orang lain. Celaka dan laknat adalah dua ungkapan yang paling tidak enak dan jarang aku gunakan dalam puisi dan dalam apa pun. Tetapi kalau tidak ada pilihan yang lain, kata-kata itu memang tepat untukmu, kerana kata-kata itu tercatat di dalam Kamus Dewan, kan? Engkaulah yang menghina agama dan bangsamu sendiri! Aku terjaga dan tersedar, “O…ramainya orang Barat yang datang melancong ke Malaya rupanya.” Dan meja bulat itu sebenarnya telah engkau leperkan!
Allahlah Yang Maha Mengetahui dan Dialah juga yang menentukan hujung jatuh akan hidup ini. Kalau bangsa itu ingin Allah lupuskan di muka bumi ini, maka tak mustahil ia akan dilupuskan dengan sepatah kata “kun”. Buatlah apa yang ingin engkau berbuat kerana segala pilihan dan pertimbangan berada di dalam dirimu.
Salam.
ReplyDeleteMenggigil saya membacanya..
Salam,
ReplyDeleteLan
itulah nampaknya saya yang terkini.
Aik, marah sapa pulak ni pak? Sampai meja bulat pun jadi leper.
ReplyDeleteAduh Tuan syeikh,
ReplyDeleteKadang-kadang sepi dan rindu itu seperti cinta yang memeram di kalbu. Indahkan saat itu?
Lut,
ReplyDeleteitu bila berdepan dengan si bodoh yang tak boleh diajar dan cerdiknya tak boleh ditumpang.
Sham,
Baru nak belajar bersepi. Rindu dah selalu dah.
kalau bisa dimaafkan...maaf aje lah...
ReplyDeletesalam ziarah abg im.
ReplyDeletePost abg im sungguh terkesan.
Penangan abg im di MPR 08' juga terkesan pada kami semua -n_n-
sepi ke mana weiiiiiiiiii abe din?
ReplyDelete