Wednesday, September 24, 2008

Pak Isa dari Kampung Kami

Entahlah Ramadan kali ini, saya terkenangkan tentang Pak Isa, orang tua di kampung kami. Pak Isa ini juga mengingatkan saya sebuah sajak penyair pelukis Latiff Mohidin. Sajak itu terkumpul di dalam kumpulan puisi Bahasa Alam yang diselenggarakan oleh Maarof Saad dan menjadi teks SPM pada tahun 1985. Saya salin semula sajak tersebut sepenuhnya:

Songsang
(buat tok awang)

maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

terutama
di perayaan tahun
seperti hari ini

apabila semua orang
telah sedia duduk
aku bangun berdiri

apabila orang
bangun bertepuk
aku duduk

apabila orang
ghairah berbincang
aku tidur

apabila orang
melepaskan merpati
aku tabur padi

orang lain
telah merdeka
aku belum

maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

aku hanya
ingin
mengingatkan

Kota bharu, nov 1976.

Sajak ini mengingatkan saya kepada Pak Isa. Pak Isa, lelaki tua yang entah dari mana tiba-tiba telah membeli beberapa bidang tanah di kampung kami. Pak Isa membina pagar setingginya. Pak Isa tak ke masjid dan tak ke surau. Pak Isa tak bercakap pun dengan orang-orang kampung kami. Pak Isa anti masyarakat. Bahkan sesiapa yang cuba menegurnya akan digocahnya muka orang tersebut. Lembu kerbau, atau ayam itik yang terlepas masuk ke kawasan rumah dan ladang Pak Isa, mohon ampun dan maaf tak akan dapat keluar. Pak Isa tak akan melayan segala pujuk rayu atau mohon ampun untuk mendapatkan lembu kerbau dan ayam itik kami.

Ramadan semakin ke penghujungnya. Dan aidilfitri semakin hampir. Pak Isa pun sudah semakin tua. Tok Awang dalam sajak Sonsang A. latiff Mohidin telah pun meninggal. Apalah yang boleh saya katakan, selain berdoa dan berdoa agar Pak Isa membukakan pagarnya, dan dia boleh kembali ke surau atau masjid di kampung kami.

Sketsa A. Ghafar Ibrahim

Nama saya di atas perahu. Dan dicatatkannya: “Perahu yang hanyut di air anda selamatkan perjalanannya. Ya!” Bang Agi, siapalah saya, selain orang kecil yang sedang mencari erti diri di dalam perjalanan saliknya untuk selamatkan perahu yang hanyut di air? Saya teringatkan Hamzah Fansuri, lelaki sufi dari Barus yang mencari Tuhan di Kaabah, tetapi tak ditemuinya. Dia ketemui-Nya di dalam rumah. Hamzah Fansuri pun telah lama mati, yang tinggal syair-syair dan puisi sufinya.

Sketch saya yang dilakar di dalam setiap mesyuarat yang membosankan




8 comments:

  1. Salam:
    i) Pak Isa kg. sdr. dari dulu sampai sekarang tak berubahkah?
    ii) Sangat "sampai" skecth Pak AGI. Kalau jadikan kulit buku baru sdr. pun menarik.
    iii) Agak-agak saya sketch yang membosankan tu dilukis depan Ramlah Amir. Takkan depan "abang" kot?

    ReplyDelete
  2. tuan lukis semua tu dalam satu mesyuarat saja? banyak

    tadi saya terselak majalah Pentas kat KL sentral, terkerling kepada tajuk Tok Perak
    yang tu tok perak karya Syed Alwi atau yang lain?
    tak sempat nak baca habis..
    kot2 tuan terbaca ka

    apa-apa pun kecewa buku memoir seorang guru gagal dibeli
    hoho.

    ReplyDelete
  3. Benuasuluk,
    i.tak berubah. ketua kampung yang benci pada pak isa telah berpindah ke kg lain dah pun.
    ii.belum ingin terbit.
    iii.jauh di dalam hati.

    Shahkang,
    mesyuaratnya berkali-kali. kami sms n ada yg sepak2 kaki bawah meja waktu mesyuarat.
    Tok Perak Syed Alwi, mana ada Tok Perak lain. Ambo editor majalah tu lah.
    aik, buku tu kat kedai mamak tepi jalan pun ada!

    ReplyDelete
  4. ye saya tau tuan editornya..heh
    Dewan sastera beberapa bulan lepas ada mengatakan Tok Perak merupakan satu wacana seksual
    apa pendapat tuan?

    saya belajar drama tu tahun lepas
    tapi tak pernah pula mana-mana guru sebutkan soal seksual tu

    haha mesyuarat boring sangat ka?

    ReplyDelete
  5. Shahkang,
    biasalah org yg takdak kerja,a maka diciptanya macam2 teori, termasuklah seksual? takda pendapat, mungkin yg menulis tak faham, tak kenai pun syed alwi.

    tak le, suka sangat.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam sobatku...

    maaf tak ada kad raya... sebagai penganti diri saya menukilkan sebuah sajak untuk sobatku... di blog http://sobatfus.blogspot.com/

    Maaf Zahir dan Batin.

    Berhati-hatilah membawa adik-adik berjalan-jalan ketika menjelang lebaran.

    Wassalam

    September 26, 2008 10:16 AM

    ReplyDelete
  8. biar kujodolkan sketsa tu

    1. si ayam serirama
    2. ceria cenderawasih
    3. daun berbunga kantan
    4. clos-up bunga kantan

    ReplyDelete