Perjalanan.
Perjalanan panjang amat memalaskan, sama seperti memandu jauh dan juga menunggu lama. Petang Selasa ke KLIA, dan saya selalunya keluar awal. Sampai di Bayan lepas jam 9.25 malam dan diambil di airport dan hantarkan ke Krisytal Suite, 908 yang besar, dan saya tidur sekitar 3 jam. Keluar makan malam dijemput Che Mat Jusoh dan joint Omar Bidin dan Bam yang sudah berada di Restoran Nasi Kandar. Pagi dijemput ke USM. Che Mat ajak minum lagi. Di hotel ada makan pagi, tapi saya memang malas makan di sana.
Semalam saya di Minden sampaikan ceramah Sejarah Perkembangan Wayang Kulit di Kelantan. Selepas ceramah, ketika minum disinggah Haji Marzuki Ali, Ahli Cipta di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Keluar ke Chowrasta dengan Halimi Mohd Noh, pergi cari buku lama. Beli lima buku, balik ke USM cari Shaparel Salleh kerana nak ambil catalog pameran solonya. Halimi hantar ke airport Bayan Lepas. Flight asal 7.35 dan saya tukar awalkan sikit 6.40. Terserempak dengan Mat Desa Mat Radhi, yang akan ke KL, dia belanja minum capucino dan kek di Starbuck. Bercakaplah kami pasal lukisan.
Sampai KL Central diambil Sutung, kami ke Kelana Jaya rumah Datuk Nazri Abdullah. Makan malam nasi minang di Putri Sari bersama Datuk Nazri, Dinsman dan Sutung. Tentunya topic utama politik, seni dan islam. Tak habis, sehingga kami minta diri untuk balik. Saya sampai rumah, dah jam 12.45 pagi.
Semalam juga anak kedua saya, Adib dibawa gurunya untuk mengambil trofi di Pusat Kegiatan Guru JPWP. Dia menang hadiah ketiga peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan 2008. Judul cerpennya Terima Kasih, Cikgu. Ketika saya balik, dia dah tidur. Dan pagi tadi apabila akan menghantarnya ke sekolah, dia bawa beg kertas yang mengandungi kotak trofinya itu.
“Angah bawa buat apa?”
“Cikgu suruh.”
“Nak tunjuk kat sapa?”
“Cikgu nak bungkus semula, nak letak reben.”
“Dah tu?”
“Cikgu Besar akan sampaikan semula di majlis perhimpunan sekolah.”
Saya pun diam.
Minyak naik semua orang marah. Saya tak marah. Saya tak berebut dan berbaris untuk isi minyak pada malam kenaikannya. Sms pun saya tak jawab. Saya baik rumah, solat isyak dan tidur. Sabtu lepas keluar minum dengan SN S.Othman Kelantan. Komennya mudah.
“Kalau harakiri pun, harga minyak tetap begitu juga dan tak akan turun. Jadi dok diam sajalah. Tak ada duit tak payah pakai kereta.”
Hmm...nampaknya sdr semakin sibuk dan sibuk...itu belum jadi orang besar...o ya...halia batu dulu tak sekun dengan saya...agaknya sebab say a pun batu juga...haha
ReplyDeletekakchik,
ReplyDeletebuat-buat sibuk je.
kalau nak tanam juga halia gunung tu, saya bagi yang baru. ada banyak lagi.
sapa bam yang di maksudkan ada orang lain yang nama bam tu...........tapi dia tak hebat seperti Shasha Natalie Boloqoe..............Pasai minyak plak saya setuju sebab tu saya naik lrt...hehehe
ReplyDeletecik sha,
ReplyDeletesaya salah tulis, sebenarnya Bad bukan Bam. dia itu pun kawan baik you kan. kan?