JELAJAH MUSI
Mula membaca "JELAJAH MUSI - Eksotika Sungai di Ujung Senja"(KOMPAS: 2010) dengan editornya Kenedi Nurhan. Membeli buku ini selepas menghilir Sungai Musi dari jeti di bawah Jambatan Ampera menuju ke Upang, sebuah kampung Melayu yang dianggap paling tua. Sepanjang perjalanan tanpa jaket keselamatan, perjalanannya hampir 2 jam. Percik air membasah kami setiap kali bot itu menujah dan tertampan dengan olakan air dari bot lain yang melaju, atau sesekali berselisih dengan kapal besar bertingkat-tingkat. Beberapa kapal Bugis berlabuh di tepi sungai.
Mulanya hanya saya dan Shamsudin Othman yang diajak oleh Prof. Muhammad Haji Salleh untuk menemaninya ke Upang. Sebelum ke Palembang, Prof. Muhammad beberapa kali menelefon saya yang beliau berhasrat untuk mencari orang-orang lama yang mahir berpantun, atau boleh memberikan pelbagai cerita lisan. Hal itu telahpun dimaklumkan kepada Anwar Putra Bayu, dan beliau cuba merealisasikan hasrat kami. Tetapi sehingga ke pagi kami akan berangkat ke Upang, semua orang yang dihubungi begitu sibuk dengan acara.
Kami beruntung dengan kesanggupan penyair J.J. Bolong yang juga seorang Panitia Pertemuan Penyair Nusantara V yang akan membawa kami ke sana. Dari hotel Swarna Dwipa tempat menginap, kami menaiki bas yang terakhir menuju ke Muzium Palembang yang terletak tidak jauh dari tebing Sungai Musi. Selepas diberikan penjelasan yang panjang lebar oleh Pak Abi Sofyan, seorang pembantu muzium yang begitu mendalam pengetahuannya mengenai sejarah Srivijaya dan Palembang, kami bermohon untuk berangkat.
Melihat kami bertiga meninggalkan Dewan Kesenian Sumatra Selatan yang diketuai oleh Dr. Zukhair Ali (seorang doktor perubatan)itu - Ada di Malaysia, doktor perubatan memimpin seniman?), Khalid Salleh, Fuad Bebet dan Dr. Ahmad Razali memandang saya bergerak menuju ke jeti.
"Nak ke mana?" tanya Wak.
"Naik bot ke Upang. Teman Prof. Muhammad."
"Boleh ikut?"
"Jomlah, kita tuntung."
"Boleh ke tak boleh?" soal Wak.
"Pasal tak boleh? Naik bot."
JJ Bolong berunding mengenai harga bot ke Upang. Biasanya RP25,000 untuk satu kepala sehala. Setelah berbincang, kami bersetuju. Sewanya sebanyak RP700,000 pergi dan balik.
Perjalanan ke Upang dengan bot melewati rumah-rumah panggung Melayu yang berbumbung perabung lima menguja saya. Selang lima enam rumah, akan terpacaklah masjid sepanjang sungai. Masjid itu melambangkan kekentalan Islam yang luar biasa, paling tidak pada diri saya. Bentuk rumah panggungnya tidak banyak berbeza dengan di Riau atau seperti di Kuala Pahang, Kuala Terengganu atau di Kampung Laut di Kelantan. Bumbung masjid yang bertingkat itu juga tidak banyak berbeza. Saya segera teringatkan Masjid Tua Kampung Laut, Masjid Sultan Syarif Abdul Rahman di Pontinak dan Masjid Demak di Jawab. Iya, kan Palembang dan Srivijaya itu Melayu.
Hampir 2 jam di air, melintasi Pulau Kemaro yang mempunyai mitos dan lagenda yang tersendiri. J.J. Bolong cuba memberikan penjelasan, tetapi bunyi engin bot dan percik air yang bertembung dengan angin, membawa hilang segala penjelasan tersebut. Yang jelas, kedalaman sungai Musi sedalam 18 meter dan lebarnya 300 meter. Dalam dan lebar, dan dalam hati kami masing-masing pastinya berdebar kerana tanpa pelampung dan jaket keselamatan!
Sampai di Jeti Upang dengan perut yang lapar. Tetapi di jeti milik Kepes (Kepala Desa) tersaji hidangan seperti nasi lemak, sate kerang dan pelbagai kuih. Kami makan, sehingga kenyang dan Wak Khalid yang bayar. Dari jeti, meniti papan sekeping 5x2 yang melendung, sampai ke tangga dan menapak naik ke pelantar. Dan rumah-rumah tersusun menghala ke darat. Saya cepat teringatkan Pulau Omadal, di Semporna, Sabah. Warganya ramah tamah sekali, menjawab setiap pertanyaan. Tak ada jalan darat, cuma beberepa meter sahaja untuk ke sekolah dan ke masjid. Ada kenduri kesyukuran di sebuah rumah penghuni Upang, dan kami dijemput sama.
Kampung ini tiada masalah, tiada pencuri dan tiada penagih. "Kami hidup aman sentosa," kata Kedes. Dan hampir semua ketua keluarga dan anak muda-anak muda di sini menjadi nelayan. Dan mereka tidak sahaja menangkap ikan di muara Musi, tetapi keluar jauh berminggu-minggu sampai ke Batam dan Belitung. Ikan di sana banyak, ucap mereka.
Setelah 2 jam, kami harus berangkat balik ke bandar Palembang. Malam nanti masih ada acara rasmi. Perjalanan pulang agak lebih cepat kerana bot kami mudik ke hulu. Sampai di sebelah kiri jambatan Ampera, teman-teman yang lain sedang makan durian. Hampir semuanya tertanya-tanya "ke manakah kami?".
"Kami ke Upang,jelajah Musi "jawab saya.
Tuesday, August 9, 2011
Monday, August 8, 2011
SELONGGOK BUKU CERPEN
Cuti dua hari. Dalam masa sejam setengah saya habiskan "Sebelas Patriot" Andrea Hirata. Pertama kali saya habiskan novelnya walaupun mempunyai hampir semua koleksi novelnya bermula dengan "Laskar Pelangi". Mungkin kerana novel ini yang paling nipis. Selain itu ada dua buku yang sedang saya baca serentak, pertamanya "Risalah al-Mustarsyidin" oleh Al-Harits al-Muhasibi dan "Beda Pendapat di Tengah Umat" oleh Syah Waliyullah ad-Dahlawi.
Membaca buku berat harus diselangi dengan buku ringan. "Risalah al Mustarsyidin" mengacau saya tentang cerita dan kisah; tentang fungsi dan kepentingannya. Apa bezanya dengan cerpen? Lalu saya mengelurkan selonggok buku cerpen. Bermula dengan "Lukisan Kaligrafi" oleh A. Mustafa Bisri, "Ongkak" oleh Fakhrunnas MA Jabbar, "Rindu Lalang Padang Ilalang" oleh M. Fudoli Zaini, "Senja yang paling tidk menarik" oleh Arswendo Atmowilota, "Ular di Mangkuk Nabi" oleh Triyanto Trowikromo, "Senyum Karyamin" oleh Ahmad Tohari, "Perempuan Terakhir" oleh M. Shoim Anwar, "Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta" Seno Gumira Ajidarma, "Odah dan Cerita Lainnya" oleh Mohammad Diponegoro, "Terang Bulan Terang di Kali" oleh SM Arden dan "Hujan Menulis Ayam" oleh Sutardji Calzoum Bachri.
Dengan selonngok buku cerpen itu, yang mana dulu harus saya baca?

PENGENALAN MAKYUNG
Makyung adalah satu genre seni persembahan Melayu yang penting tetapi di dalam kamus-kamus penting bahasa Melayu, kata makyung tidak pernah diberikan erti yang sewajarnya, malahan ada yang amat mengelirukan.(Lihat Dr. Teuku Iskandar, Kamus Dewan,1970,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lihat juga Haji Zainal Abidin Safarwan, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, 1995, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.). Kepentingannya jelas berdasarkan aktivitinya yang pada awalnya menjadi seni persembahan di istana raja-raja Melayu terutama pada masa kegemilangannya, sebelum tersebar secara meluas terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Pahang sebelum kini diangkat ke beberapa pusat pengajian tinggi di Malaysia.
Sebagai satu seni persembahan Melayu, makyung amat kaya dengan unsur teater di dalamnya. Di dalam persembahannya terdapat pelbagai unsur teater seperti misalnya lakon, tari, mime, ritual, lelucon dan muzik. Dilihat dari segi penggunaan ensemble muzik dari awal hingga akhir persembahannya ia dapat dikatakan sebagai drama muzikal. Manakala dilihat dari unsur tari yang begitu kaya di dalamnya, ia dapat dikatakan sebagai teater tari tradisional Melayu. Dalam hubungan itu maka definisi yang jelas tentang makyung ialah teater tradisional Melayu yang paling unik dan autentik.
Makyung telah diiktiraf sebagai A Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity rakyat Malaysia oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) pada 25 November 2005. Pengiktirafan tersebut menjadikan makyung sebagai milik warisan masyarakat Malaysia yang paling asli dan ini bertepatan dengan kewujudan tradisi makyung sejak zaman berzaman. Tradisi kesenian makyung dipercayai wujud sejak lebih 400 tahun lampau semasa pemerintahan kerajaan Melayu Kelantan-Patani. Makyung dari Tanah Melayu ini kemudiannya mulai dibawa ke Serdang Muda di Utara Sumatera dan ke Kepulauan Riau di Indonesia.
Makyung merupakan persembahan yang menjadi hiburan di istana Kelantan-Patani, dan amat popular sewaktu pemerintahan Raja-raja Perempuan Patani seperti Raja Biru, Raja Kuning, Raja Hijau dan Raja Ungu. Daripada tradisi yang mendapat tempat istana, makyung kemudiannya mulai berkembang dalam kalangan rakyat jelata. Gabungan unsur-unsur muzik, lagu, lakonan dan tari secara live menjadikan makyung sebagai teater tradisi Melayu yang berkonsepkan muzikal.
Indoensia Heritage: Seni Pertunjukan (Buku Antar Bangsa 2002: 190) mencatatkan tentang makyung sebagai: “Mak yong dan randai merupakan dua bentuk teater tradisional utama di Pulau Sumatera dan Kepulauan Riau. Mak yong merupakan gaya teater tradisional Melayu yang lahir di Semenanjung Malaya sekitar abad ke-17 dan masuk ke Kepulauan Riau sekitar abad ke-19.”
Manakala Jakob Sumardjo pula menulis tentang “Teater Makyong di Riau” di dalam bukunya Perkembangan Teater Modern Dan Sastera Drama Indondesia (STSI Press: 2004): “Bentuk teater rakyat Melayu ini terdapat juga di Malaysia dan Singapura, bahkan juga di Muangthai. Di Kerajaan-kerajaan Malaysia sekitar 4 abad yang lampau, Makyong dipelihara dengan baik di istana. Seorang utusan Belanda (?) Peter Flores, pada tahun 1612 menyaksikan teater yang seluruhnya dimainkan oleh wanita di istana Patani. Dugaan keras, yang dia lihat adalah Makyong. Bahwa mungkin teater makyong berasal dari Malaysia, dapat ditelusuri pula dari penggunaan bahasa dalam syair-syair makyong, yang beberapa bagian menujukkan asalnya dari Patani.”
Kedua-dua buku ini mencatatkan makyung berasal dari Semenanjung Malaysia, tetapi bercanggah dari aspek masa kewujudan. Pendapat Jakob Sumarjo lebih hampir dengan kewujudan makyung di dunia Melayu. Namun begitu, apabila Jakob Sumardjo mengatakan terdapat “syair-syair makyong”, hal ini sebenarnya tidak ada di dalam persembahan makyung. Di dalam makyung terdapat lagu-lagu makyung yang disampaikan dengan iringan rebab dan bukannya syair yang rima hujungnya mesti sama. Di samping lagu, terdapat juga ucap tetap atau mantera yang disampaikan secara berlagu dan mempunyai unsur magisnya yang tersendiri di dalam persembahan makyung.
Walaupun antara kedua buku ini terdapat sedikit percanggahan, namun kedua-dua mengakui bahawa makyung berasal dari Semenanjung Tanah Melayu. Kenyataan ini merupakan premis penting untuk bertolak dan melihat makyung sebagai warisan budaya Melayu yang telah sekian lama bertapak dan membina jati dirinya sebagai bentuk kesenian milik masyarakat dan rakyat Malaysia.
Dalam apa-apa pun bidang kesenian, pengiktirafan merupakan suatu piawaian untuk melihat kedudukan sebenar dan kesahihan kesenian tersebut. Secara umumnya, tanpa pengiktirafan oleh UNESCO selagi itulah sesuatu bentuk kesenian tersebut belum boleh dianggap mewakili indentiti dan jati diri negara tersebut. Dalam konteks Kepulauan Melayu atau Nusantara, terdapat banyak pertindihan bentuk kesenian antara sebuah negara dan negara yang lain. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh sempadan negara yang mulai berubah setelah penjajahan Barat di Kepualauan Melayu yang memakan masa ratusan tahun itu.
Bahkan pemisahan wilayah dan daerah antara negeri-negeri di Kepulauan Melayu tersebut terjadi melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 yang memisahkan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura di bawah Inggeris dan Kepulauan Riau ke bawah kawasan yang dikuasai oleh Belanda. Sama juga dengan Perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang telah memisahkan Kelantan dengan Kerajaan Melayu Patani yang pada asalnya berada berada pada wilayah dan pemerintahan yang sama. Pemecahan kuasa dan pemerintahan ini menjadikan rakyat dan wilayah sempadan budaya juga ikut sama terpisah.
Terdapat banyak bentuk kesenian yang hampir sama, dan terdapat di semua negara di Nusantara ini. Umpamanya Indonesia, Malaysia, Thailand mempunyai bentuk wayang kulit, tetapi kesenian tersebut berbeza dari aspek cerita yang dipersembahkan, bentuk patung yang digunakan dan juga alat muzik yang mengiringinya. Begitu juga dengan alat muzik gamelan terdapat gamelan Jawa, gamelan Bali dan gamelan Melayu. Namun, yang paling utama dan penting adalah mencari ‘pusat’ atau wilayah asal kesenian tersebut bermula dan masih berkembang. Paling utama juga, bentuk kesenian tersebut tiada di wilayah lain, atau sekiranya ada di wilayah lain, ia merupakan kesenian yang mengalami proses migrasi dan proses asimilasi yang menjadikannya milik masyarakat di tempat tersebut.
Apabila berlakunya migrasi, maka bentuk kebudayaan dan kesenian masyarakat tersebut akan dibawa bersama. Tidak ada suatu bangsa di dunia pun yang berpindah dan tidak dibawa bersamanya bentuk kebudayaan dan resam kehidupan di tempatnya yang asal. Begitulah yang berlaku kepada kesenian seperti tari bubu atau lukah yang boleh ditemui di banyak negeri dan negara di Kepulauan Melayu ini. Tari bubu terdapat di Perak, Pahang, Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan, Pagar Ruyung dan Aceh. Tetapi acara amalan dan kaedah menggerakkan bubu-bubu tersebut sudah mengalami perbezaan antara satu sama lain. Di Pontianak, bubu akan menari mengikut pukulan gendang, semakin kuat gendang ditepuk, maka semakin rancaklah bubu menari. Di Kota Samarahan, Sarawak bubu menari setelah jampi dibaca dengan asap kemenyan yang dibakar.
Masyarakat tidak harus keliru antara makyung dengan Menora. Makyung bukannya Menora. Terdapat sesetengah pendapat mengatakan makyung itu sama dengan menora. Makyung dan menora berbeza sama sekali, kerana yang satunya mewarisi tradisi Melayu dan yang satu lagi berkaitan dengan tradisi Siam. Mendakwa makyung bersamaan dengan menora merupakan satu kesilapan yang terhasil daripada ketidakfahaman terhadap kedua genre tersebut, kerana jelas kedua-dua bentuk kesenian tersebut berbeza sama sekali kaedah persembahan, jalan cerita dan yang sama pentingnya ialah falsafah yang dikandungnya.
Makyung bermula dari zaman Kerajaan Melayu Kelantan Patani yang kemudiannya telah menjadikan kesenian itu berkembang dalam kehidupan harian rakyat jelata. Secara dasarnya makyung merupakan salah satu bentuk kesenian istana yang merakyat. Hal ini berkaitan dengan cerita-cerita dalam persembahan makyung itu sendiri yang menggambarkan betapa dekat dan akrabnya kehidupan raja dan rakyat di dalam sesebuah negara tempat berlakunya cerita tersebut. Bahkan cerita-cerita makyung tidak banyak berbeza dengan cerita-cerita penglipurlara Melayu yang terkenal seperti Hikayat Dewa Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Sebagaimana yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut, di dalam m akyung juga watak utamanya akan keluar mengembara dan dalam pengembaraan itu akan mengalami pelbagai peristiwa. Cerita-cerita makyung seperti juga penglipurlara akan berakhir dengan kegembiraan.
Paling tidak sedikit sebanyak terdapat berbezaan apabila sebuah kumpulan makyung mempersembahkan ceritanya jika ingin dibandingkan dengan persembahan oleh kumpulan yang lain. Perbezaan cerita atau sebutan dalam dialog disebabkan tradisi oral yang mewakili secara pandang dan lihat oleh genersi kemudian daripada tuturan dan ucapan generasi yang terdahulu. Kepupusan generasi atau orang yang mengingati cerita dan rangkaian ucap tetap di dalam tradisi makyung, menyebabkan tradisi tersebut semakin menipis.
Pengiktirafan oleh UNESCO merupakan momen penting untuk memulihara dan mengekalkan ciri kelisanan dan autentiknya makyung daripada terus terhakis dan musnah oleh ketangkasan teknologi. Makyung secara dasar telah hampir pupus di wilayah asalnya, Kelantan. Bahkan agak sukar untuk mencari sebuah kumpulan makyung yang lengkap, selain dengan mengumpulkan pemain dan pemuzik dari pelbagai kampung dan daerah. Pengiktirafan oleh UNESCO tersebut paling tidak telah memberikan nafas untuk makyung terus melangkah meninggalkan negeri asalnya, dan mendapat nafas baru di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Semua masyarakat dunia memiliki tradisi lisan atau pun tradisi oral yang diwarisi secara tutur dan dengar daripada satu generasi kepada generasi yang kemudian. Umumnya, tradisi lisan ini berkembang dalam masyarakat yang buta huruf dan ia diwariskan melalui ingatan. Sebagai kesenian yang pernah hidup di istana dan kemudian berkembang dalam kalangan rakyat, makyung mengalami beberapa fasa. Dari zaman para pemainnya yang buta huruf beralih ke zaman para pemainnya yang menerima pendidikan dan tahu membaca dan tahu menulis, sepatutnya tradisi oral itu akan semakin baik berkembang, tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Pengekalan tradisi itu akan melibatkan beberapa elemen penting mengekalkan konsep cerita, strutur persembahan, muzik dan lagu, lakonan, tarian, bahasa dan loghat, ritual, dan busananya.
Sebarang percubaan untuk memodenkan makyung, sebenarnya adalah suatu kesilapan yang besar. Makyung harus dikekalkan dalam bentuknya yang asal. Tidak ada cerita baru atau cerita moden yang wajar digubahkan semula untuk menjadikan makyung itu gah di mata dunia. Pemodenan cerita-cerita makyung akan membunuh tradisi tersebut. Sebaliknya, makyung harus dikekalkan sewajar dan setepatnya mengikut tradisinya yang asal.
Merubah makyung dengan cerita baru dan moden, akan menyebabkan makyung kehilangan identitinya. Kalau pun ingin dilakukan permodenan juga, maka ia bukan lagi layak disebut sebagai makyung, tetapi boleh disebut sebagai ‘eksperimen makyung’. Eksperimen makyung sudah pasti akan bercanggah dengan pengiktirafan UNESCO kerana ciri-ciri murni dan keaslian yang terdapat di dalam tradisi tersebutlah, maka makyung layak diberikan ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’. Memberikan nafas baru dengan merubah struktur cerita dan merubah struktur persembahan menjadikannya tunggang terbalik, akan menyebabkan tradisi asalnya akan terkubur sedikit demi sedikit.
Makyung harus dilestarikan sebagaimana bentuknya yang asal. Sebarang bentuk pembaharuan akan membunuh dan memusnahkan tradisi tersebut.
(Pentas, Istana Budaya Jilid 5. Bil 4 – Oktober-Disember 2010)