BERPUISI DI MANHAE
di manhae
segalanya menjadi puisi
dan puisi menjadi
lebih bererti
daripada sekalian mimpi
puisi terpahat
di kepingan logam tembaga
tersusun bahasa dunia
di dinding tembok panjang
memisahkan warna bangsa
dan kepercayaan agama
batu-batu gunung
terpahat aksara puisi
pustaka yang menyimpan
beribu jilid puisi
dan di halaman depan
puisi beralun di corong
pembesar suara
hening dan gemersik
dekat dan menyatu
hari ini semua penyair
diwajibkan menulis puisi
dan keledek rebus
di manhae mengingatkan
kampungku yang jauh
Manhae, Korea Selatan
6 Disember 2010
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Friday, January 14, 2011
BEBERAPA PERTANYAAN UNTUK PENULIS
Ekoran daripada isu novel “Interlok”, seorang teman lama saya telah menemui fb saya dan menimbulkan beberapa pertanyaan yang barangkali menarik juga untuk direnung. Tentang “Interlok” saya tidak akan menulis apa-apa kerana PENA telah mempunyai pendirian yang jelas awal-awal lagi. Kami serahkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung kami untuk meneruskan perjuangan.
Pertanyaan-pertanyaan yang saya terima tersebut:
1. Berapa buku yang telah engkau tulis sejak kita meninggalkan alam persekolahan menengah lebih 26 tahun yang lalu?
2. Aku dengar engkau menghentam dinasour dan tirax sewaktu membentangkan kertas kerja di Pertemuan Penyair Nusantara IV di Brunei, apa yang kau tak puas hati sebenarnya?
3. Aku tengok TV3 beberapa bulan lepas, buku engkau dan Sutung Umar RS “Makyung Mystical Heritage of Malaysia” dilancarkan di Frankfurt oleh ITNM, berapa royalti yang kau dapat? Lepas tu dilancarkan lagi kat Kino KLCC, macam tak ada buku orang lain ke yang nak dilancarkan? Apa penting sangat buku tu dan dibuat heboh-heboh pula?
4. Kat blog kau, aku ada nampak foto kau di Korea kononnya mewakili negara untuk bentang paper dan baca puisi. Kiranya kau bertaraf wakil negara, tapi ada ke negeri tempat kau lahir tu bagi apa-apa – tanah, rumah, dan saguhati RM65,000 kerana semua itu berbanding dengan pemain bola sepak dari kampung kau yang menang liga kampung dan semua orang bercuti umum satu hari?
5. Aku nak mintalah sebuah buku kau yang terbit kat Moscow dalam bahasa Rusia dan MELAYU tu, boleh?
Malas nak jawablah. Yang no. 3 - Tuan Haji Mohd. Khair Ngadiron, CEO ITNM boleh tolong jawab kot? No 4 - buat malu saja, sebab saya bukan selebriti. No. 5, aku bagi kau yang fotostat.

Thursday, January 13, 2011
SUNGAI RHINE, FRANKFURT
itik dan angsa berenang berpasang-pasangan
di air Sungai Rhine yang sejuk. betapa luasnya alam
dan betapa tenteramnya kehidupan. manusia
membiarkannya berenang bebas, menyelam
dan menyisir bulunya yang basah.
aku mengimpikan seluruh tasik dan sungai
di tanah airku direnangi itik dan angsa. memutih
di air berpasang-pasang tanpa gangguan
dan ancaman oleh tangan nakal anak manusia.
air Sungai Rhine yang jernih membelah Frankfurt
yang dingin. dan air Sungai Klang yang hitam menggeliat
di perut Kuala Lumpur yang panas.
7 Oktober 2010
Sg Rhine, Frankfurt.

Monday, January 3, 2011
Aki UEHARA
Khamis lepas, jam 4 petang saya dikunjungi sahabat lama ayng bernama Aki UEHARA yang kini bermukim di Tokyo. Selepas selesaikan MAnya mengenai "Music In Wayang Gedek" dia kembali ke Tokyo dan kini bertugas sebagai Assistant Proggram Coordinator di International House of Japan. Dia kembali ke Pinang menemui pensyarah dan kawan-kawan lama, ke Kedah, dan Temerloh. Dia menemui Che Mat Jusoh di Pulau Pinang, Pak Majid Mahmud di Kedah dan saya kerana wayang kulit. Dia ingin menemui Haji Sulong Ismal berkaitan Gamelan dan ingin menemui Kamarul Bahri kerana muzik tradisi. Seperti Sunny Misun Kim dari Korea, gadis Jepun ini begitu obses sekali dengan muzik dan teater tradisi Malaysia.